Sunday, April 24, 2011

Seketika Bersama...

Setelah sekian lama aku tidak mengisi ruangan ku ini... Semua ini disebabkan kesibukan ku seharian yang menyebabkan aku terabai seketika akan ruangan ini... Ya Allah, Ya Tuhan ku aku rindu sangat dengan keemasan masa-masa lalu tapi apakan daya masa berlalu begitu pantas meninggalkan setiap detik yang telah dilalui.


Sebenarnya ingin kecoretkan setiap saat kisah harianku di dalam ruangan ini untuk tatapan keluarga dan sahabat handai tapi masa tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Terlalu banyak suka dan duka yang ingin aku kongsikan bersama tetapi bagi ku ini bukan lah masa dan kesempatan yang sesuai untuk aku melakukannya, insyaallah suatu hari ia pasti akan ku coretkan dalam ruangan ini.


Salam kerinduan buat semua...

Wednesday, January 12, 2011

Lembaran Baru Tahun 2011

Hari ini merupakan hari ke-12 dalam tahun 2011... Tahun baru, lembaran baru untuk dikecapi. Tahun 2010 telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah kehidupanku, apa yng ku harapkan agar Allah s.w.t akan sentiasa memberi kekuatan pada diri ini untuk terus menjadi yang terbaik.
Tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang selama ini telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada ku untuk terus berjaya dan maju ke hadapan. Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Monday, December 20, 2010

Hai Everyone...

Lamanya sudah saya tak update blog ni bah, sori lah bukan apa terlalu busy bah lepas bersalin maklumlah 2 bulan duk berpantang & melayan my baby Aliesya & Daniel. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Insyaallah kalau ada kesempatan akan saya up date blog ni ok....

Sunday, November 14, 2010

My Convocation Day...

On 1st November 2010 adalah hari yang ku nanti-nantikan, hari ini merupakan my convocation day di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah... Alhamdulilah walaupun saat itu Kedah digemparkan dengan banjir tapi aku bersyukur segala urusanku dipermudahkan. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala rahmat & nikmat yang engkau berikan disepanjang perjalananku di sana...
Kepada suami tercinta, terima kasih atas segala support yang telah engkau berikan. Tidak dapat ku balas segala jasa, perhatian & pengorbananmu SAYANG, semoga Allah S.W.T akan sentiasa melndungi serta merahmatimu selamanya... Sesungguhnya aku amat mencintaimu SAYANG...

Buat keluarga tercinta terutamanya my beloved parents, terima kasih atas segala dorongan & pengorbanan yang kalian berikan selama ini... Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik kalian selama ini. Aku sentiasa berdoa agar kalian dikurniakan kesihatan yang sempurna & akan sentiasa mendapat rahmat serta perlindungan-Nya... Percayalah kalian lah insan yang amat teristimewa dalam hidup ini... Love both of u mum & dad muuaaahhhh...

To all my friends kenangan kita bersama akan aku semadikan buat selama-lamanya... Semoga kita semua akan memperolehi kejayaan dunia & akhirat... Amin


Me...

Me with beloved hubby...

me with my best friend sya...

Thursday, October 14, 2010

My Little Spider "Qisha Aliesya"

Inilah aksi my little spider, bukan main lagi bah puteriku seorang ni mau jadi heroin sudah dia... Apakan tidak kawannya 3 hero abg-abgnya (Farham, Danish & Owais) jadi dia pun apa lagi turut sama lah mau bergelar juara untuk mempertahankan gelarannya sebagai cucu tunggal perempuan buat masa ini...

Spidergirl sudah memperlihatkan wajah sebenarnya...
(I'm a little spider, be watch...)
See more my action...

I'm coming with my friends...

Saturday, October 9, 2010

Anugerah Teristimewa...

Kehadiranmu membawa jutaan erti dalam hidupku Danial Qawiem bin Ajidin.. 07 Okt 2010 (Khamis) tepat jam 11.16am merupakan saat yang aku & hubby nantikan iaitu kelahiran putera tercinta... Kini lengkaplah kehidupanku dengan kehadiran insan-insan yang paling bererti dalam hidupku "suami tercinta Ajidin bin Salleh, puteriku Qisha Aliesya bt Ajidin & puteraku Danial Qawiem bin Ajidin serta seluruh keluargaku"...

Kehadiran kalian semua membawa sinar kebahagian dalam hidupku, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah atas segala rahmat yang engkau berikan. Sesungguhnya aku amat menghargai setiap apa yang engkau beri dan limpahkan. Semoga kebahagiaan ini akan kekal buat selamanya dunia & akhirat...


Terima kasih buat suami serta keluarga tercinta atas segala dorongan, perhatian & sokongan yang kalian berikan selama ini. Jasa baik yang kalian berikan akan ku hargai buat selamanya...

Buat suami tercinta tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan untuk menyatakan yang aku amat mencintaimu selama-lamanya...
Love my family so much.......
My Son "Danial Qawien bin Ajidin"



Kebahagianku "Dear Hubby & baby"




Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Sempena hari baik bulan baik ini saya, hubby & aliesya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan. Semoga raya tahun ini akan menjanjikan yang terbaik buat kalian semua.
Sebenarnya saya nak kongsi disini, raya tahun ni I terpaksa beraya tanpa orang tercinta iaitu my beloved hubby sebab hubby beraya di Semenanjung than I beraya di Tawau. Ini sebab I tak dibenarkan naik flight sudah, bukan apa tapi disebabkan I dah sarat mengandung bah itu yang I tak dapat ikut my hubby. Ikutkan hati hubby pun tak nak balik tapi disebabkan tahun ni memang turn di Semenanjung than tiket pun sudah dubeli lama sudah jadi terpaksalah kami bekorban... Apapun dan walau dimana berada yang penting kesetiaan serta kejujuran akan sentiasa menemani kami untuk mencapai kebahagiaan...
Buat suami tercinta, my parents, mak mertua, seluruh keluarga & rakan-rakan saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya selama ini saya pernah secara langsung mahupun yang tidak disengajakan. Halalkan segala perbuatan serta makan minum saya...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Wednesday, June 23, 2010

Hubby Birthday...

Hari ini 23 Jun 2010 birthday my beloved hubby...
Selamat ulang tahun sayang semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati
oleh-Nya dunia serta akhirat...

Bie sentiasa berdoa agar cinta dan kebahagian kita akan dirahmati Allah selamanya...
Bie & baby sayang & amat mencintai sayang...

Happy Birthday hubby dear may god bless you forever...

yummy coklet kek...