Tuesday, June 16, 2009

Santai Petang.....

On 14 June (Sunday) poor look at of my hubby a lot work have to do (bukan keje apa tapi tolong siapkan my Pengurusan kualiti assigment). Bukan I tak nak buat sendiri tapi I terlalu banyak assigment yang nak disiapkan, pening da kepala ni macam nak pecah je ialah mana nak study lagi tambah kerja kat pejabat pula belambak so tak menang tangan I dibuatnya. Nasib lah hubby volunteer nak tolong buatkan one of my assgmnt. Lagipun tak apa my hubby tak kisah dia sanggup buat apa saja untuk I asalkan I sentiasa ada di sisinya untuk menemaninya. Thanks a lot sayang.......
Sambil menemani my hubby, I and Qisya duduk lah bersantai-santai di halaman rumah sambil menikmati angin petang coz hubby suka buat kerja kat halaman rumah tenang katanya bah.

Mummy & Qisha relax-relax sambil menemankan hubby

Friday, June 12, 2009

Happend....


Mummy & Qisha are ready to go


10 Jun (wed) I and my hubby take a leave coz we plan to accompany my dad to IJN, KL for make a review (check-up). Dalam kul 9.00am kita orang betolak dari rumah, my dad kata appoitment jam 10.30am so, saje je jalan jam 9.00am coz nak elak dari trafik jem. Alhamdulilah sepanjang perjalanan trafik agak lancar walaupun ada juga sesetengah jalan yang jem tapi sekurang-kurangnya jem nya begerak juga. Lebih kurang jam 10.15am we all sampai di IJN, so macam biasa lah my dad turun dulu coz nak wat registration dulukan than kami pergi lah cari parking. Punya lah tension pusing punya pusing dekat 10 kali tapi tak juga dapat-dapat parking. Paksa lah kita orang tunggu dalam kereta, agak-agak dalam 5minit kami menunggu adalah kereta tu mau keluar dari parkingnya so we all pun happy lah sebab dapat parking tapi nak dijadikan cerita tetiba je ada 1 kereta (WIRA) ni terus meluncur masuk ke dalam kotak parking tu, punya lah I panas kita dah lah semangat tunggu parking tu dari tadi datang-datang dia terus je main masuk kurang asam betul lah mamat tu. Ikutkan hati nak je I turun & tumbuk mamat tu tapi nasib baik I tengok badan I kecil than mamat tu besar jadi I takut lah pula... Tak pe lah we all pun cari lah parking lain syukur lah akhirnya dapat juga kami parking walaupun lama menunggu.

Bila da masuk IJN tu kami pun cari lah my dad tapi tak dapat dari coz IJN tu besar dah lah tu HP my dad tertinggal kat kereta so nak call pun tak boleh... Tawakal je lah harap-harap dapat lah jumpa my dad, kami pun tunggu kat reception sbb I yakin my dad akan datang semula kat situ untuk wat temujanji akan datang. Tunggu punya tunggu tak juga datang-datang perut da meragam (lapar) so we all pun pi lah cafe cari makan. Cedinya I on that time kat cafe ramai sangat orang tapi food yang dijual ya allah amat amat mengecewakan...... Tapi apa boleh buat dah lapar makan je lah apa yang ada.....

Hubby & Baby


Cian sampai tertidur-tidur hubby menunggu


Boring er sayang??????

Selepas dari IJN we all pun terus balik Kajang, ingatkan nak juga pi SOGO tapi hubby malas takut lewat pulang nanti trafik jem lah pula. So kami pun terus lah pi NAGOYA kat Kajang coz my mum pesan Day Curtain dengan my dad. Pilih punya pilih akhirnya dapat juga lah yang berkenan di hati I pun tumpang sekaki juga lah (menyempat juga beli) untuk bilik baby & guess room. Langsir da ada tapi day curtain nya belum ada bah. I beli tak banyak lah cuma 12 meters je.... Bila da selesai beshopping2 kami pun apa lagi pi lah minum petang kat Garden Cafe (minum petang konon tapi siap makan fish & chip for mummy and chicken chop for my dad) hehehe......



My dad, hubby and Qisha at Garden Cafe, Kajang


Mummy and Baby

Tuesday, June 9, 2009

Majlis Penyampaian Amanat KJP

Hari ini merupakan perhimpunan bulanan kompleks seperti bulan-bulan yang lepas tetapi yang specialnya hari ini juga adalah majlis penyampaian amanat oleh our KJP Datuk Mustafa yang akan menjalani cuti bersara bermula esok. So our Jabatan akan terima KJP yang baru lah dengar-dengar cerita pengantinya Dato' Hj Zulkifli bin Omar (KPj Operasi). Apapun tahniah dato' semoga Jabatan ini akan menjadi lebih cemerlang dan to Datuk Mus & Datin Sal thanks for everything and semoga sucess selamanya.


Gambar kenangan Datuk KJP bersama kakitangan Jabatan
(You are in our memories)




Lepas je majlis perhimpunan (formal) sempat lagi take picture with my colleagues hehehe.... Saje je suka-suka buat kenangan yalah entah-entah esok kita pula yang pindah so adalah kenangan bersama rakan-rakan...


(Kalau nak tau mana satu I, itu na yang paling kecil tu hehehe)



Monday, June 8, 2009

Going to Yong Peng, JB

My hubby and my dad were going to Yong Peng Yesterday ada urusan sedikit lah. Hubby ajak I pergi sekali mulanya I malas nak ikut faham-faham je lah nak berjalan jauh nak kena angkut banyak keperluan baby lagi tapi bila hubby da pujuk-pujuk kesihan pula so I pun ambil lah keputusan untuk ikut sekali bawa baby & my maid sekali. So early morning (lepas subuh) 7 Jun 2009 tu I pun siap-siap lah sebab my dad kata nak betolak awal. Yang bestnya Baby Qisya macam tau-tau je dia nak kena bawa dia pun bangun punya lah awal yalah takut lah tu kena tinggal macam setiap pagi isnin hingga jumaat. We all pun siap sarapan dulu kat rumah dalam 7.30am macam tu baru we all bergerak dari rumah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan hampir 2 jam lebih tu baby Qisha tak meragam langsung (seronok kot duk jalan) pandailah anak mummy ni. Sampai je di Yong Peng my hubby & my dad buatlah urusan mereka I pula pi cuci mata tengok baju-baju (tengok je tau), baby Qisha dengan my maid coz dia tidur. Selesai semua urusan dalam kul 12tghr hubby ajak pergi Air Hitam saje je dah alang-alang sampai baik pergi terus. Ingatkan nak pi cuci-cuci mata je tapi bila sampai sana bukan cuci mata da tp tebeliak biji mata murah-murah nya perhiasan rumah ni tapi yg tak selesanya banyak sangat orang maklumlah musim cuti sekolahkan. Tapi I peduli apa dengan orang yang ramai tu, yang penting I dapat apa yang I nak. Cian hubby perut lapar tp terpaksa ikut dulu karena wifenya ni hehehe (Itu lah namanya sayang isteri). My dad, baby Qisha & my maid duk kat restauran makan tengahari I & hubby apa lagi round-round lah... Ikutkan hati banyak sangat barang yang I nak beli tapi tahan-tahan nafsu je lah. I sempat beli 4 gubahan bunga untuk ruang tamu, ruang makan & bilik. Thanks hubby coz I pilih je tapi hubby yang bayar semuanya....

To my mum: Kalau mak ikut sekali mesti best banyak lagi barang yang kita boleh borong entah-entah boot kereta (CRV) tu pun tak muat hehehe. Tapi jangan risau bapak pun ada beli gubahan bunga untuk mak cantik. Apapun next time kalau emak datang sini kita pi sama ya boleh kita borong sama-sama.

Ikutkan hati banyak lagi nak dibeli tapi cian tengok hubby mesti perut dah bergelora masa tu. So, we all pun pi lah join my dad untuk lunch tapi I tak makan sebab tak terasa lapar tapi duk teringat barang-barang yang I nak beli lagi wahwahwah... Selesai makan dalam jam 4ptg lebih we all pun beransur lah dari Yong Peng tu nak pulang seronok punya tidor dalam kereta tetiba kereta berhenti ingatkan kenapa rupa-rupanya trafik jem tensionnya panjang pula tu start dari highway Melaka. I memang sure punya kalau da jem dari Melaka mesti jem tu sampai simpang nak ke Seremban jauh tu.. So we all pun decide untuk keluar dari tol Seremban 1 than terus ikut jalan lama. Alhamdulilah perjalanan kami lancar sampai ke rumah tapi sampai-sampai je terus terbaring penat bah perjalanan dari pagi sampai ke petang..


My New Collections



To My mum : Cantik tak mak??? Ini 2 jenis bunga yang saya beli semalam, dalam gambar tak besar tapi the real one besar sangat tapi harga kedua-dua bunga ni tak mahal pun dalam RM2*0.** je... Murahkan??????

Happen on the day


5 Jun 2009 Morning (Assembly at KDN)

Hari ni I kena pi pejabat awal dari biasa sebab I kena pi KDN untuk perhimpunan warga KDN bersama Menteri Dalam Negeri yg baru Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn. I & my colleague sampai kat Putrajaya dalam 7.40am tunggu punya tunggu ketibaan menteri jam 9.00am tensionnya lama sangat menunggu kalau duduk tak apalah ini berdiri baik-baik keadaan dewan yang sejuk tetiba menjadi panas macam tak cukup udara disebabkan terlalu ramai warga KDN yg hadir sama. Nak wat perhimpunan pun buat dalam dewan, dah tahu warga KDN tu ramai buat lagi dalam dewan yang kecil bayangkan keadaannya macan Sardin dalam tin. Majlis selesai dalam kul 10am, selesai je majlis Datuk Seri pun turunlah untuk bemesra dengan warga KDN tetiba bila sampai je ke kelompok Jabatan we all Datuk Seri arahkan camera women tu ambil gambar terkejut juga kami dibuatnya. So apa lagi ini peluang bukan senang menteri nak luangkan masa nak ambil-ambil gambar dengan rakyat hehehe. Apa lagi kami pun interframe lah.. Keesokan harinya 6 jun 2009 (Sabtu) my friend call me bagi tau gambar kita orang tersiar dalam paper (Utusan Malaysia) tekejut juga I sebab sebenarnya ramai lagi Jabatan lain yg turut ambil gambar dengan Datuk Seri tapi tak sangja lah gambar kita orang yang tersiar. Apa pun thanks Datuk Seri kerana sudi bergambar dengan kakitangan dari Jabatan kami.. Semoga maju jaya..

myself yang sebelah (kiri) Datuk Seri

5 Jun 2009 Night (Waiting For my dad at KLIA)


Hari ni my beloved dad datang, kalau diikutkan jadual my mum juga akan datang sekali tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan so my mum terpaksalah batalkan plan untuk datang ke KL. Tak apalah mak next time kita jumpa er... Flight my dad dijangka sampai dalam 8.30malam, so jam 8.00mlm lagi kita orang (my hubby, myself & bby Qisha) dah sampai kat KLIA tu coz tak sabar nak tunggu ketibaan atuk Qisha... Alhamdulillah dalam jam 8.35mlm flight yang dijangkakan tiba pun sampai, tunggu punya tunggu jam 9.00mlm my dad pun keluarlah than kita pun terus balik rumah tak singga mana-manapun sbb dah lewat malam bah...


My dad ada bawa gift for us ukiran kapal layar daripada kayu (cantik sangat) siap ada box lagi. Hubby I memang suka sangat dengan ukiran tu, selama ni pun dia dah emem nak beli ukiran macam tu, tapi da rezeki kata hubby my dad nak bagi pula hehehe....Thanks a lot ya pak from me & hubby...


Take picture at the KLIA while waiting for my dad

Sempat lagi tu kami begambar-gambar sementara menunggu flight my dad tiba... Qisha pun sekarang ni seronok & suka sangat bila nak take picturenya hehehe mcm mummynya lah... Ke mana tumpanya kuah kalau tak ke nasi kan baby???????


Thursday, June 4, 2009

Miss my parents


Really Miss And Love My Parents


Hati ini terasa sayu sangat, entah kenapa perasaan ini terlalu rindu sangat kat my beloved parents... Ikutkan hati nak je terbang ke Tawau sekarang ni tapi bila memikirkan tanggungjawab kat sini terpaksalah lupakan hasrat tu buat seketika... Tapi walau bagaimanapun, tak sabar nak tunggu bulan September (hari raya), I balik Tawau. Tiket da beli siap-siap takut fight penuh, kalau ikut hubby we all dijadualkan berlepas dari KLIA pada 18 Sept (Jumaat) pagi, so maksudnya we all akan sungkai di Tawau lah tu. Wahhhh bestnya dapat makan masakan my mum (mak masak banyak-banyak ya? Rindulah nak makan masakan mak terutamanya ayam masak merah. Eeeemmmmm sedapnya). We all cuti raya mungkin tak lama dalam one week je ta plan nak jalan-jalan banyak sangat, kalau bekesempatan I nak ajak hubby p Pulau Simpadan saja nak menikmati pemandangan yang indah kat sana. Apapun I dah tak sabar nak balik my home town yang besatnya kali ni dapat balik bawa my princess sekali. Insyaallah ini kali pertama Qisha balik Tawau, so I nak lah tunjuk kat my princess kampung I.. Ok orang Tawau (my family) nantikan kepulangan kami (hubby, myself, baby and my maid)... Jumpa di Tawau, Sabah Negeri Bawah Bayu....






-Mummy-

Wednesday, June 3, 2009

Picture of the day

Hari ini 03.06.2009 genaplah Qisha Aliesya 3 bulan... Cepatnya masa berlalu kejap je da 3 bulan usia my princess... From mummy & daddy: semoga cepat besar ya sayang, bila besar nanti jadi anak yang soleha dan bijak dalam segala urusan.... Semoga Allah sentiasa melindungimu Qisha Aliesya (kemakmuran hidup yang dilindungi)....

-mummy & daddy-

To grandparents tgk lah aksi-aksi wajah terbaru Aliesya.... Aliesya miss atuk & nenek very much mmuuuaaaahhhhhh.......
To Mama Yen: Qisha doakan semoga cepat sembuh dan gembira selalu besama my 3 cousin (Bro Farham, Bro Danish & Bro Owais)...
To Uncle Del: Send Qisha's regard to Rizmi
To My grandmum Len: Semoga baby (my anuty or uncle) dalam perut tu sihat-sihat sahaja..

-Qisha-




Hai nenek & atuk I'm become big now...

Show my pictures



Tengok nenek & atuk Qisha can fly, so qisha nak fly balik Tawau lah



Qisha dapat hadiah sempena 3 bulan kelahiran... thanks mummy, daddy & aunty as

Tuesday, June 2, 2009

Time For School Break

Seronoknya dapat bercuti bersama-sama... Hopefully kita boleh spend time together lagi next time, sesekali dapat bekumpul adik beradik adalah kenangan yang amat menyeronokkan... Really love u mum, dad, sis Y and bro D... May god will bless us 4ever till here after.....

Wah enjoynya mereka ni................


At Desa Water Park

Monday, June 1, 2009

Celebration...

HAPPY BIRTHDAY AMRINA YG KE-29 THN....
Happy birthday to you... Happy birthday to you...
Happy birthday, Happy birthday, Happy birthday to you...


Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik dan sempurna dalam kehidupan am.. Jadikan hari semalam sebagai titik semangat dalam membentuk hari esok dan pengalaman yang dapat menguatkan segala perjalanan yang bakal dilalui AMIN..... Kecekalan dalam mengharungi kehidupan mesti ada dalam diri kita kerana apa yang kita lalui adalah dugaan yang diturunkan oleh NYA bagi menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan kita untuk melaluinya. Apa juga yang saya harapkan semoga persahabatan kita akan kekal selamanya. Lastly, I hope am suka dengan hadiah yg I beri..... Once again Happy Birthday Amrina....

The day that we celebrate am's birthday
(mummy, daddy, baby, mama am & mama mun) at Pizza Hut Kajang.


HAPPY BELATED ANNIVERSARY MY SIS Y & MY BIL H (30 Mei)

Semoga kebahagian akan sentiasa mengiringi mahligai yang kalian bina selama ini... Ceria-ceria selalu disamping 3 hero tercinta ( Mohd Farham, Danish Shahrin & Wazien Owais)... Jadikan pengalaman lepas sebagai titik permulaan untuk meneruskan perjalanan hari esok... Cinta keras sampai bila-bila...May God Bless U All Love & miz u all so much...

To my sis: bila lagi mau p 2nd honeymoon?