Thursday, October 14, 2010

My Little Spider "Qisha Aliesya"

Inilah aksi my little spider, bukan main lagi bah puteriku seorang ni mau jadi heroin sudah dia... Apakan tidak kawannya 3 hero abg-abgnya (Farham, Danish & Owais) jadi dia pun apa lagi turut sama lah mau bergelar juara untuk mempertahankan gelarannya sebagai cucu tunggal perempuan buat masa ini...

Spidergirl sudah memperlihatkan wajah sebenarnya...
(I'm a little spider, be watch...)
See more my action...

I'm coming with my friends...

Saturday, October 9, 2010

Anugerah Teristimewa...

Kehadiranmu membawa jutaan erti dalam hidupku Danial Qawiem bin Ajidin.. 07 Okt 2010 (Khamis) tepat jam 11.16am merupakan saat yang aku & hubby nantikan iaitu kelahiran putera tercinta... Kini lengkaplah kehidupanku dengan kehadiran insan-insan yang paling bererti dalam hidupku "suami tercinta Ajidin bin Salleh, puteriku Qisha Aliesya bt Ajidin & puteraku Danial Qawiem bin Ajidin serta seluruh keluargaku"...

Kehadiran kalian semua membawa sinar kebahagian dalam hidupku, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah atas segala rahmat yang engkau berikan. Sesungguhnya aku amat menghargai setiap apa yang engkau beri dan limpahkan. Semoga kebahagiaan ini akan kekal buat selamanya dunia & akhirat...


Terima kasih buat suami serta keluarga tercinta atas segala dorongan, perhatian & sokongan yang kalian berikan selama ini. Jasa baik yang kalian berikan akan ku hargai buat selamanya...

Buat suami tercinta tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan untuk menyatakan yang aku amat mencintaimu selama-lamanya...
Love my family so much.......
My Son "Danial Qawien bin Ajidin"



Kebahagianku "Dear Hubby & baby"




Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Sempena hari baik bulan baik ini saya, hubby & aliesya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan. Semoga raya tahun ini akan menjanjikan yang terbaik buat kalian semua.
Sebenarnya saya nak kongsi disini, raya tahun ni I terpaksa beraya tanpa orang tercinta iaitu my beloved hubby sebab hubby beraya di Semenanjung than I beraya di Tawau. Ini sebab I tak dibenarkan naik flight sudah, bukan apa tapi disebabkan I dah sarat mengandung bah itu yang I tak dapat ikut my hubby. Ikutkan hati hubby pun tak nak balik tapi disebabkan tahun ni memang turn di Semenanjung than tiket pun sudah dubeli lama sudah jadi terpaksalah kami bekorban... Apapun dan walau dimana berada yang penting kesetiaan serta kejujuran akan sentiasa menemani kami untuk mencapai kebahagiaan...
Buat suami tercinta, my parents, mak mertua, seluruh keluarga & rakan-rakan saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya selama ini saya pernah secara langsung mahupun yang tidak disengajakan. Halalkan segala perbuatan serta makan minum saya...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Wednesday, June 23, 2010

Hubby Birthday...

Hari ini 23 Jun 2010 birthday my beloved hubby...
Selamat ulang tahun sayang semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati
oleh-Nya dunia serta akhirat...

Bie sentiasa berdoa agar cinta dan kebahagian kita akan dirahmati Allah selamanya...
Bie & baby sayang & amat mencintai sayang...

Happy Birthday hubby dear may god bless you forever...

yummy coklet kek...


Tuesday, June 1, 2010

Happy Holiday at Sandakan

Sempena cuti wesak + keamatan (5 hari) kami pergi cuti-cuti di Sandakan...
Jalan-jalan pi Sepilok, taman buaya, makan-makan ikan bakar and so on...

Me, hubby & Aliesya + abg Danish at Sepilok


My baby Aliesya...

Aliesya, Abg Farham & Abg Danish

Atuk, nenek + cucu2...







Tuesday, May 25, 2010

Masa Untuk Makan...

Hari ni hubby pi outstation lagi than my dad pula pi review kat IJN so kami2 je lah yang tinggal kat rumah so boring lah hehehehe... Tadi petang si Danish lepas bangun tidur je tetiba cakap nak makan KFC padahal semalam baru je makan KFC... Jadi apa lagi kami pun semua siap2 lah mau makan KFC hehehehe yummy sedapnya....
Masa Untuk KFC....

Sedapnya baby mummy makan...

Amboi si Danish happy nampak...

Bestnya makan KFC...

Nenek with cucu...


Friday, May 21, 2010

Hai Everybody...

Lamanya tak update blog, bukan apa tak ada story yang menarik untuk dikongsikan bah... Lagipun tahap kesihatan sekarang ni dak begitu stabil faham2 je lah orang tengah mengandung ni macam2 je hehehe... Insyaallah kalau ada story yang best2 nanti I janji akan kongso dengan u all ok...

Saturday, April 17, 2010

Cabaran Baru...

Tugas baru, cabaran baru berada di tempat baru... Bermula pada 15hb April 2010 (Khamis) merupakan satu perjalanan yang baru yang harus aku lalui sekali lagi selama 7 tahun aku berkhidmat di Jabatan, aku akur dengan arahan sebab kali ini aku bertukar kerana mengikut suami tercinta. Aku bersyukur sebab semua urusan dipermudahkan aku dipindahkan sekali bersama suami tanpa menunggu dalam tempoh yang lama dan apa yang menyeronokkan lagi hubby dipindahkan ke kampung halaman ku sendiri Tawau tercinta. Thanks god sebab semua ini sekaligus mendekatkan aku dengan parentsku dan ini lah saat selama 7 tahun yang aku nanti2 kan...

Walaupun sukar untuk aku lalui semua ini sebab terlalu banyak benda yang terpaksa aku tinggal di sana termasuklah rumah ku syurga ku tercinta dan pelbagai lagi tapi aku bersyukur sebab aku pasti dan yakin semua ini ada hikmahnya... Aku juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang banyak memberi sokongan kpd ku sepanjang aku berada di sana & aku pasti akan merindui mereka semua terutamnya my best friend Norasiah...

Aku harapkan apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan dan akan diberi perlindungan dan rahmat oleh Nya amin... Segalanya aku akan lalui dengan tenang selagi orang tercinta sentiasa bersama...