Saturday, April 17, 2010

Cabaran Baru...

Tugas baru, cabaran baru berada di tempat baru... Bermula pada 15hb April 2010 (Khamis) merupakan satu perjalanan yang baru yang harus aku lalui sekali lagi selama 7 tahun aku berkhidmat di Jabatan, aku akur dengan arahan sebab kali ini aku bertukar kerana mengikut suami tercinta. Aku bersyukur sebab semua urusan dipermudahkan aku dipindahkan sekali bersama suami tanpa menunggu dalam tempoh yang lama dan apa yang menyeronokkan lagi hubby dipindahkan ke kampung halaman ku sendiri Tawau tercinta. Thanks god sebab semua ini sekaligus mendekatkan aku dengan parentsku dan ini lah saat selama 7 tahun yang aku nanti2 kan...

Walaupun sukar untuk aku lalui semua ini sebab terlalu banyak benda yang terpaksa aku tinggal di sana termasuklah rumah ku syurga ku tercinta dan pelbagai lagi tapi aku bersyukur sebab aku pasti dan yakin semua ini ada hikmahnya... Aku juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang banyak memberi sokongan kpd ku sepanjang aku berada di sana & aku pasti akan merindui mereka semua terutamnya my best friend Norasiah...

Aku harapkan apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan dan akan diberi perlindungan dan rahmat oleh Nya amin... Segalanya aku akan lalui dengan tenang selagi orang tercinta sentiasa bersama...