Monday, December 20, 2010

Hai Everyone...

Lamanya sudah saya tak update blog ni bah, sori lah bukan apa terlalu busy bah lepas bersalin maklumlah 2 bulan duk berpantang & melayan my baby Aliesya & Daniel. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Insyaallah kalau ada kesempatan akan saya up date blog ni ok....

Sunday, November 14, 2010

My Convocation Day...

On 1st November 2010 adalah hari yang ku nanti-nantikan, hari ini merupakan my convocation day di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah... Alhamdulilah walaupun saat itu Kedah digemparkan dengan banjir tapi aku bersyukur segala urusanku dipermudahkan. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala rahmat & nikmat yang engkau berikan disepanjang perjalananku di sana...
Kepada suami tercinta, terima kasih atas segala support yang telah engkau berikan. Tidak dapat ku balas segala jasa, perhatian & pengorbananmu SAYANG, semoga Allah S.W.T akan sentiasa melndungi serta merahmatimu selamanya... Sesungguhnya aku amat mencintaimu SAYANG...

Buat keluarga tercinta terutamanya my beloved parents, terima kasih atas segala dorongan & pengorbanan yang kalian berikan selama ini... Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik kalian selama ini. Aku sentiasa berdoa agar kalian dikurniakan kesihatan yang sempurna & akan sentiasa mendapat rahmat serta perlindungan-Nya... Percayalah kalian lah insan yang amat teristimewa dalam hidup ini... Love both of u mum & dad muuaaahhhh...

To all my friends kenangan kita bersama akan aku semadikan buat selama-lamanya... Semoga kita semua akan memperolehi kejayaan dunia & akhirat... Amin


Me...

Me with beloved hubby...

me with my best friend sya...

Thursday, October 14, 2010

My Little Spider "Qisha Aliesya"

Inilah aksi my little spider, bukan main lagi bah puteriku seorang ni mau jadi heroin sudah dia... Apakan tidak kawannya 3 hero abg-abgnya (Farham, Danish & Owais) jadi dia pun apa lagi turut sama lah mau bergelar juara untuk mempertahankan gelarannya sebagai cucu tunggal perempuan buat masa ini...

Spidergirl sudah memperlihatkan wajah sebenarnya...
(I'm a little spider, be watch...)
See more my action...

I'm coming with my friends...

Saturday, October 9, 2010

Anugerah Teristimewa...

Kehadiranmu membawa jutaan erti dalam hidupku Danial Qawiem bin Ajidin.. 07 Okt 2010 (Khamis) tepat jam 11.16am merupakan saat yang aku & hubby nantikan iaitu kelahiran putera tercinta... Kini lengkaplah kehidupanku dengan kehadiran insan-insan yang paling bererti dalam hidupku "suami tercinta Ajidin bin Salleh, puteriku Qisha Aliesya bt Ajidin & puteraku Danial Qawiem bin Ajidin serta seluruh keluargaku"...

Kehadiran kalian semua membawa sinar kebahagian dalam hidupku, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah atas segala rahmat yang engkau berikan. Sesungguhnya aku amat menghargai setiap apa yang engkau beri dan limpahkan. Semoga kebahagiaan ini akan kekal buat selamanya dunia & akhirat...


Terima kasih buat suami serta keluarga tercinta atas segala dorongan, perhatian & sokongan yang kalian berikan selama ini. Jasa baik yang kalian berikan akan ku hargai buat selamanya...

Buat suami tercinta tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan untuk menyatakan yang aku amat mencintaimu selama-lamanya...
Love my family so much.......
My Son "Danial Qawien bin Ajidin"



Kebahagianku "Dear Hubby & baby"




Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Sempena hari baik bulan baik ini saya, hubby & aliesya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan. Semoga raya tahun ini akan menjanjikan yang terbaik buat kalian semua.
Sebenarnya saya nak kongsi disini, raya tahun ni I terpaksa beraya tanpa orang tercinta iaitu my beloved hubby sebab hubby beraya di Semenanjung than I beraya di Tawau. Ini sebab I tak dibenarkan naik flight sudah, bukan apa tapi disebabkan I dah sarat mengandung bah itu yang I tak dapat ikut my hubby. Ikutkan hati hubby pun tak nak balik tapi disebabkan tahun ni memang turn di Semenanjung than tiket pun sudah dubeli lama sudah jadi terpaksalah kami bekorban... Apapun dan walau dimana berada yang penting kesetiaan serta kejujuran akan sentiasa menemani kami untuk mencapai kebahagiaan...
Buat suami tercinta, my parents, mak mertua, seluruh keluarga & rakan-rakan saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya selama ini saya pernah secara langsung mahupun yang tidak disengajakan. Halalkan segala perbuatan serta makan minum saya...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Wednesday, June 23, 2010

Hubby Birthday...

Hari ini 23 Jun 2010 birthday my beloved hubby...
Selamat ulang tahun sayang semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati
oleh-Nya dunia serta akhirat...

Bie sentiasa berdoa agar cinta dan kebahagian kita akan dirahmati Allah selamanya...
Bie & baby sayang & amat mencintai sayang...

Happy Birthday hubby dear may god bless you forever...

yummy coklet kek...


Tuesday, June 1, 2010

Happy Holiday at Sandakan

Sempena cuti wesak + keamatan (5 hari) kami pergi cuti-cuti di Sandakan...
Jalan-jalan pi Sepilok, taman buaya, makan-makan ikan bakar and so on...

Me, hubby & Aliesya + abg Danish at Sepilok


My baby Aliesya...

Aliesya, Abg Farham & Abg Danish

Atuk, nenek + cucu2...







Tuesday, May 25, 2010

Masa Untuk Makan...

Hari ni hubby pi outstation lagi than my dad pula pi review kat IJN so kami2 je lah yang tinggal kat rumah so boring lah hehehehe... Tadi petang si Danish lepas bangun tidur je tetiba cakap nak makan KFC padahal semalam baru je makan KFC... Jadi apa lagi kami pun semua siap2 lah mau makan KFC hehehehe yummy sedapnya....
Masa Untuk KFC....

Sedapnya baby mummy makan...

Amboi si Danish happy nampak...

Bestnya makan KFC...

Nenek with cucu...


Friday, May 21, 2010

Hai Everybody...

Lamanya tak update blog, bukan apa tak ada story yang menarik untuk dikongsikan bah... Lagipun tahap kesihatan sekarang ni dak begitu stabil faham2 je lah orang tengah mengandung ni macam2 je hehehe... Insyaallah kalau ada story yang best2 nanti I janji akan kongso dengan u all ok...

Saturday, April 17, 2010

Cabaran Baru...

Tugas baru, cabaran baru berada di tempat baru... Bermula pada 15hb April 2010 (Khamis) merupakan satu perjalanan yang baru yang harus aku lalui sekali lagi selama 7 tahun aku berkhidmat di Jabatan, aku akur dengan arahan sebab kali ini aku bertukar kerana mengikut suami tercinta. Aku bersyukur sebab semua urusan dipermudahkan aku dipindahkan sekali bersama suami tanpa menunggu dalam tempoh yang lama dan apa yang menyeronokkan lagi hubby dipindahkan ke kampung halaman ku sendiri Tawau tercinta. Thanks god sebab semua ini sekaligus mendekatkan aku dengan parentsku dan ini lah saat selama 7 tahun yang aku nanti2 kan...

Walaupun sukar untuk aku lalui semua ini sebab terlalu banyak benda yang terpaksa aku tinggal di sana termasuklah rumah ku syurga ku tercinta dan pelbagai lagi tapi aku bersyukur sebab aku pasti dan yakin semua ini ada hikmahnya... Aku juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang banyak memberi sokongan kpd ku sepanjang aku berada di sana & aku pasti akan merindui mereka semua terutamnya my best friend Norasiah...

Aku harapkan apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan dan akan diberi perlindungan dan rahmat oleh Nya amin... Segalanya aku akan lalui dengan tenang selagi orang tercinta sentiasa bersama...

Wednesday, March 3, 2010

Happy Birthday Dear Qisha Aliesya...

Hari ini 03.03.2010 genaplah setahun usia my belevoed daughter Qisha Aliesya so Happy Birthday dear baby... Mummy & daddy love u so much, semoga baby akan sentiasa dibawah perlindungan-Nya dan jadi anak yang soleha...

Happy Birthday to You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday, Happy Birthday,
Happy Birthday to you sayang..........

Blackforest ice cream cake...

Hadiah dari nenek & atuk...


My beloved family...


mummy & daddy...

Monday, March 1, 2010

Bestnye........

Tak sabar mau tunggu esok bah sbb my parents & anak2 arwah my sister akan datang bercuti di sini... Mesti best ramai-ramai bah maklum je lah kat rumah tu sunyi bah hanya kami je 3 beranak & my maid hehehe... Esok lepas balik keje je nak siap cepat2 lepas tu nak ikut hubby pi LCCT nak jemput mereka klu kereta muatlah. Mizzzzz them so much

Wednesday, February 24, 2010

Ekspedisi Gunung Nuang...

Pengalaman yang tak dapat I lupakan adalah ekspedisi gunung Nuang, We all terpaksa bermalam kat sana coz esok pagi-paginya we all kena mendaki dah... Yang bestnya nak naik ke tapak perkemahan tu je pun dah makan masa lebih kurang 2 jam perjalanan mcm mendaki juga lah penatnya hanya Tuhan je yang tahu tapi apapun puas sangat sebab tak sangka I boleh buat semua tu. Sampai je kat tapak perkemahan tu masing2 kena buat kemah sendiri nasib baik lah my friend as tu hebat dalam hal2 kat hutan ni, klu harapkan I nampaknya tido tak berkemah lah malam tu hehehe....

Antara my colleague yg turut berada pada hari perkemahan

Friday, February 19, 2010

It's me......

Sebenarnya I dah tak tahu nak cerita apa lagi sebab belum ada cerita yang best untuk di kongsikan so I ingat nak upload gambar2 I je lah huhuhu......
Koleksi ku........
Nak pi Malam Dinner Sambutan Majlis Hari Raya at Kepayan KK

Miz u hubby.......

Always call him...


Calling2 with hubby (masa ni hubby kat KL than I still kat KK)

At Holiday Hotel Kuching, out station bah......

Dalam kereta waiting for hubby at KK aport

At Kundasang, sejuk oooooo........

Wednesday, February 17, 2010

Bestnye cuti........

Leganye dapat cuti walaupun hanya 4 hari... Rasa puas sangat-sangat sebab dapat berehat bersama my beloved family at home sambil jalan2 sekitar sini je... Saat ni sudah lama dinantikan akhirnya dapat juga kami bercuti walaupun dapat tahu last-last minit bah... Apapun thanks god sebab mendengar keluhan dan luahan hati ini........

Thursday, February 11, 2010

Time for me to relax............

Alhamdulillah lega rasanya bila exam dah habis, rasa tenang sikit jiwa ni... Tapi sekarang ni tinggal nak tunggu my result je lah yang akan keluar end of March nanti... Hopefully everyting akan berada dalam keadaan yang sempurna dan baik... Kalau semuanya ok maybe my convocation will be on Oktober this year, tak sabarnya nak pi convo kat Sintok hehehe....
Apapun thanks for hubby coz cukup memahami my situation, yalah last week I habiskan masa dengan study sampai terabai sedikit tanggungjawab I pada u and baby... What ever it is thanks a lot sayang & I really love u so much......

Tuesday, February 2, 2010

Demam Exam.......

Khamis ini merupakan my Final Exam, sepatunya masa-masa macam ini I dah berada di depan buku tapi apa yang berlaku I masih berada di tempat kerja... Bukan apa I tahu banyak benda yang harus I bahagi-bahagikan tetapi kerja juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab I... So I kena lah siapkan dulu everything baru bercuti & I akan mula bercuti esok than khamis start for my exam. Apapun mlm ni I kena lah pulun untuk study....
Semester ini merupakan my final semester, apa yang I harapkan adalah dapat menyempurnakannya dalam keadaan yang sempurna. I wish that I will pass with flying color Insyaallah........
Good Luck For My Ownself

Penaklukan Gunung Angsi........

Pada 30 Januari 2010 (Sabtu) sesuatu yang tidak ku jangka untuk ku lakukan kini telah ku takluki. Sebenarnya tidak pernah terfikir untuk melakukan semua ini tapi atas semangat rakan-rakan akhirnya berjaya juga aku sampai kepuncak gunung angsi dengan ketinggian 825 meter tepat jam 1.00 tengahari......

Puncak Gunung Angsi

With my beloved best friend As....

Semasa berada di check point 1


Check point 2


Di Puncak Gunung Angsi......

Wednesday, January 27, 2010

Hai Everyone........

Assalammualaikum dan salam sejahtera to all my friends, rasanya sudah lama sangat I tak update my blog ni.... Sori lah terlalu busy dengan Facebook sampai terlupa akan kewujudan blog ni huhuhuhu....

Sebenarnya sejak dua menjak ni terlalu banyak kejadian yang di luar jangkaan, sampai kekadang membuatkan diri ini rasa amat tertekan tapi bila difikirkan semula kenapa mesti aku nak menyakiti fikiran & diriku sendiri sedangkan mereka diluar sana gembira dengan apa yang mereka lakukan....... Entahlah apa dah nak jadi pada dunia masa kini???????? hari demi hari ada saja cerita yang ku dengar yang boleh membuatkan jantung ku berdebar2 (nasib baik dak sakit jantung klu tak dah lama mati bah), kenapalah semua ini mesti terjadi.... Aku sendiri pun tak tahu apa jawapannya & pada siapa harus aku tanyakan?

Apa yang aku harapkan hanya lah kesempurnaan dipandangan-Mu Ya Allah, dan semoga Kau sentiasa melindungi aku serta seluruh kaum keluarga ku.......... Hanya Engkau Ya Allah yang layak membuat perhitungan akan semua kejadian yang engkau turunkan.....

Monday, January 11, 2010

Happy Birthday Del Adrian....

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran adik I Del Adrian bin Badrin yang ke-29 tahun.... Semoga Allah akan sentiasa merahmati segala perbuatan dan perjalanan yang dilakukan AMIN.......

With his beloved family...

Friday, January 8, 2010

happy Birthday Bro.........

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran my Brother In Law yang ke- 33 tahun.


Happy birthday bro semoga panjang umur, murah rezeki & diberkati selamanya......... Semoga ketabahan akan sentiasa mengiringi perjalanan mu selamanya...

Monday, January 4, 2010

happy 10 months sayang

Last night 03.01.2010 (Ahad) genaplah 10 bulan usia my daughter Qisha Aliesya... Sekarang baby dah pandai bejalan tapi biasa lah selangkah, dua langkah jatuh hehehe.....
Tengok lah gayanya bersantai...