Wednesday, November 25, 2009

Update 4 the holiday pictures....

Bestnya dapat cuti walaupun hanya 4 hari... Seronok rasanya hati dapat tunaikan janji pada anak-anak arwah kak Yen...
So apa lagi pictures lah..


^


^


^
Makam Hang Tuah di Tg Kling, Melaka






A'farmosa



me, hubby & babby


mum, dad & anak2 my late sis

Friday, November 20, 2009

Going To Malacca...

Saat yang ditunggu-tunggu akan tiba wahhhhh best nya cuti-cuti Malaysia.... Esok we were going to Malacca for 2 days with all my beloved family. Tak sabarnay mau berjala-jalan bah...
Tunggu for the pictures....

Thursday, November 12, 2009

Boringnya!!!

Hari ini aku betul-betul boring sebab my beloved hubby tak ada pergi outstation for 3 days kat PD. So seperti biasa lah kalau my hubby tak ada segala-galanya terpaksa I lakukan dengan sendirinya... I terpaksa drive for my own malasnya.......... Tak sabar nak tunggu Sabtu sebab hubby akan balik tapi time hubby balik i pula tak de sebab ada kelas kat KL bah. Ikutkan perasaan malasnya nak pergi tapi ini my last semeste so kena lah study smart... Nak jadi best student konon lah......


Apapun mummy & baby miss u much sayang

Tuesday, November 10, 2009

Miss Her So Much...

Sebenarnya tidak ada apa-apa story yang menarik tapi I just nak kongsi sesuatu yang melibatkan perasaan iaitu kerinduan I pada my beloved late sister dengan semua yang membaca ruangan ini. Walaupun sudah hampir 4 bulan berlalu tetapi perasaan ini tetap masih tidak boleh menerima kehilangan @ pemergiannya. Setiap hari yang I lalui seperti arwah masih & sentiasa bersama I, sebenarnya walaupun I & my late sis duduk berjauhan TWU-KL tp keakraban kami tidak boleh dinafikan yalah bak kata pepatah seperti isi dengan kuku al-maklumlah adik beradik. Bergurau senda, marah-marah sayang, betepuk bertampar adalah rutin kami tapi tidak sedikitpun kami terasa hati kerana kami tahu setiap apa yang kami lakukan itu lah cara kami untuk mengeratkan hubungan kami adik beradik.

Sebenarnya kami 4 orang adik beradik (3 girls & 1 boy), tapi my youngest sis meninggal dunia beberapa hari selepas kelahirannya dan kami tidak sempat mengenali & menyayanginya dengan lebih dalam masa tu kalau tak silap I masih di sekolah rendah lagi. Namun kini my elders sis pula telah pergi meninggalkan kami selamanya 2 beradik iaitu myself & my youngest brother... Ya Allah, sedih, sayu & pilu sangat hati ini dah lah kami adik beradik tak ramai than mereka pergi terlalu awal pula meninggalkan kami, I tahu I tak sepatutnya kecewa dengan semua ni sebab I yakin pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allah berikan & I yakin semua ini sebab Allah lebih menyanyangi mereka berdua (my late elders & young sis) Al-Fatihah....

Bayangan & kenangan bersamanya tidak pernah luntur dari ingatan ini, setiap detik I akan teringat padanya. I cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat & rumah tapi ingatan I padanya semakin mendalam... KENAPA YA????????? Adakah mungkin diri ini masih belum boleh menerima kehilangannya atau diri ini memang teramat merinduinya? Setiap masa I akan terbayang & teringat-ingat raut wajah, gelak tawanya, senyum manisnya & gurau sendanya. tak tahu macam mana lagi I nak luahkan perasaan ini sebab setiap kali ingin diluahkan setiap kali itu juga lah air mata ini tidak berhenti mengalir...

Apa yang I harapkan adalah kesempurnaannya berada di alam sana & semoga Allah akan menempatkan rohnya di kalangan umat Islam yang beriman AMIN....

AL-FATIHAH to both of them...

My late sis dgn anak bongsunya Wazin Owais

With her family

kenagan kami berdua




Monday, November 9, 2009

Tak Sabarnya....

Ya Allah tak sabarnya nak tunggu hari ahad ni (15 Nov 2009), sebab my beloved parents and all my late sister son akan datang untuk bercuti di sini... Mesti best tak lah kami 3 beranak ni kesunyian... Insyaallah kalau tidak ada halangan the next sunday nya pula kami akan pergi bercuti-cuti Malaysia ke Melaka sebab My nephew Farham nak sangat pergi makam Hang Tuah bah, so kita plan terus lah pergi bercuti-cuti....

Tuesday, November 3, 2009

8 bulan sudah

Hri ini genap lah 8 bulan my lovely daughter Qisha Aliesya... Sekejapnya masa berlalu, rasa mcm baru semalam je I melahirkan tup-tup my baby dah besar... Biasalah sekarang ni my baby dah mula pandai nak memanjat, tak nak di pegang mcm dah pandai bediri. Kadang-kadang buat I takut je sebab dia terlalu aktif bah, I bkn apa takut nanti terjatuh ke or anything lah...

To Qisha Aliesya, mummy & daddy sayang sangat kat baby mmuuuaaaahhhhh.....

Monday, November 2, 2009

Selamat Ulang Tahun Mama...

Hari ini merupakan hari ulang tahun my mum yang ke 53 tahun...

Kepada mama yang tercinta....

Ingatan ku pada mama di Tawau x pernah luntur. Malah setiap hari aku rindu pada mama. Tapi apakan daya aku sudah punya keluarga sendiri. Komitmen dan tumpuan sudah tentunya lebih pada keluarga aku sendiri. Tapi ini tidak menjadi penghalang ingatan ku tetap pada mama. Masakan aku boleh lupa segala kesusahan, kesengsaraan mama membesarkan kami adik beradik. Mama memang seorang yang tabah dan kuat semangat. Walaupun pelbagai dugaan yang melanda, mama memang iron lady. Aku bangga dengan mama. Sabarlah mama... Setiap dugaan yang datang jika dihadapi dengan sabar, redha dan ikhlas pasti ada imbalannya.
Sekarang aku dapat rasa kebahgiaan yang x dapat aku gambarkan setiap kali aku menerima ucapan dari anak & suami ku sendiri. Kad ucapan yang dicipta khas untukku susah untuk ku ungkaikan betapa berbunganya hati ini... Aku berharap sebagaimana aku menyanyangi mama begitu jualah anak dan suamiku menyanyangi diri ku. Buat Mama aku menyanjungi setiap layanan baik yang mama berikan pada aku. Aku berterima kasih pada mama kerana melahirkan seorang anak yang akhirnya menjadikan aku seorang isteri dan ibu yang terlalu baik dan penyanyang untuk suami dan anakku.

Mama percayalah, aku akan tetap menyokong dan tidak akan pernah sekalipun melupakanmu kerana aku amat menyayangimu selamanya....

Selamat Ulang Tahun semoga sihat walafiat, murah rezeki & sentiasa dirahmati oleh Nya AMIN..
Salam teramat sayang dari Aemy, Ajidin & Aliesya...
We Love You Mum..