Monday, November 2, 2009

Selamat Ulang Tahun Mama...

Hari ini merupakan hari ulang tahun my mum yang ke 53 tahun...

Kepada mama yang tercinta....

Ingatan ku pada mama di Tawau x pernah luntur. Malah setiap hari aku rindu pada mama. Tapi apakan daya aku sudah punya keluarga sendiri. Komitmen dan tumpuan sudah tentunya lebih pada keluarga aku sendiri. Tapi ini tidak menjadi penghalang ingatan ku tetap pada mama. Masakan aku boleh lupa segala kesusahan, kesengsaraan mama membesarkan kami adik beradik. Mama memang seorang yang tabah dan kuat semangat. Walaupun pelbagai dugaan yang melanda, mama memang iron lady. Aku bangga dengan mama. Sabarlah mama... Setiap dugaan yang datang jika dihadapi dengan sabar, redha dan ikhlas pasti ada imbalannya.
Sekarang aku dapat rasa kebahgiaan yang x dapat aku gambarkan setiap kali aku menerima ucapan dari anak & suami ku sendiri. Kad ucapan yang dicipta khas untukku susah untuk ku ungkaikan betapa berbunganya hati ini... Aku berharap sebagaimana aku menyanyangi mama begitu jualah anak dan suamiku menyanyangi diri ku. Buat Mama aku menyanjungi setiap layanan baik yang mama berikan pada aku. Aku berterima kasih pada mama kerana melahirkan seorang anak yang akhirnya menjadikan aku seorang isteri dan ibu yang terlalu baik dan penyanyang untuk suami dan anakku.

Mama percayalah, aku akan tetap menyokong dan tidak akan pernah sekalipun melupakanmu kerana aku amat menyayangimu selamanya....

Selamat Ulang Tahun semoga sihat walafiat, murah rezeki & sentiasa dirahmati oleh Nya AMIN..
Salam teramat sayang dari Aemy, Ajidin & Aliesya...
We Love You Mum..

1 comment:

  1. slamat hari jd untie diang!!!
    hehehe...
    smoga pnjang umur murah rezeki...
    saya slalu doakan kluarga untie diang sejahtera...

    ReplyDelete