Tuesday, September 29, 2009

HAPPY B'DAY AUNTIE LEN

Hari ini, my auntie Len menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke berapa yee... rahsia la tu. Selamat hari jadi auntie. Kami sekeluarga mendoakan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia. Tentunya b'day kali ini amat bermakna bagi my auntie kerana dapat menyambutnya dengan orang tersayang, suami dan puteranya .... wafi yang comel tu.

Wednesday, September 23, 2009

Semporna time...

Hari ini we all ( hubby & baby, parents, Bro D & family) pergi berjalan-jalan ke semporna saja pergi jalan-jalan cari makan di floating eemmm best uga sesekali dapat berjalan-jalan ke sana... Tapi kami tak lah lama kat sana sebab malam ni kami ada 2 jemputan lagi yang nak dihadiri kenyangnya perut ni tak henti-henti makan, beratpun dah bertambah hahahaha....

Sunday, September 20, 2009

Raya Pertama

Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.......


Belover hubby & daugther

my mum, dad with their granddaugther & son + niece


my bro family + my aunty + my cousin

Saturday, September 19, 2009

My Home Town....

Sekarang ni I am with my beloved hubby & daugther at my hometown Tanjung Batu Tengah Tawau, Sabah... Suasana akhir-akhir ramadhan dan menunggu kedatangan syawal amatlah terasa sekali. Semua persiapan Hari Raya Aidilfitri telahpun lengkap tersedia. Nasiblah ada juga orang kuat yang membantu my parents di rumah si Hasnah and Ana.Haaahhaaaa....
Dengan kepulangan kami yang tinggal dua beradik ni, masih juga la terasa tanpa kehadiran kakak yang tercinta. Tahun ini, inilah Raya pertama tanpanya...Apapun, hati terubat jugalah dengan telatah anak-anak buah yang pelbagai ragam ni...
Baru sebentar tadi pengumuman tarikh raya diumumkan di tv. Raya tahun ini jatuh pada 20 Sept. 2009 hari Ahad. Hati ini tiba-tiba menjadi sayu tatkala mendengar syahdunya laungan takbir hari raya di kaca tv. Rindu kembali menggamit ingatanku pada padanya. Selalunya waktu-waktu begini kami pasti sedang sibuk di dapur untuk menyediakan juadah raya sambil bergurau senda. Tapi semuanya itu hanya tinggal kenangan. Biar pun beliau telah tiada, namun kemesraan dan ketulusan hatinya tetap kekal dalam memori keluarga. Semoga beliau sejahtera dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Illahi di sana.
Al Fatihah untukmu di sana...

Thursday, September 17, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa....


I & my family nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua yang membaca my page. Maaf jika selama ini ada terkasar bahasa mahupun terkurang ajar or sebagainya harap dapat di maafka so sekarang 0-0 ya!!!!!!!


Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di Malaysia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.

-mummy-

Cuti..Cuti..Cuti..

Bestnya esok I dah start cuti raya, dapat lah I balik kampung halaman. Tahun ni I raya kat Tawau bersama my beloved hubby & daugther... Tak sabar nak tunggu esok, flight we all jam 8.30 pagi so esok lepas-lepas je sahur I kena siap-siap dah sebab jam 6.30pagi je we all kena pi KLIA dah. Tak sabar nak jumpa my parents & all my nephew tapi yang tak bestnya my nephew (anak my late sis) beraya kat KK pula emmm boring lah...

Mesti dalam kegembiraan menyambut raya ni, hati ini akan merindui suasana sebelum ni dikala bersama my late sis tercinta. Banyak sangat kenangan beraya kami bersama, I pasti akan amat merinduinya... Semoga rohnya dicucuri rahmat AMIN....

Apapun I nak ucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua pembaca blog ini, maaf jika ada terkasar bahasa mahupun perbuatan.................

Wednesday, September 9, 2009

I'm Gonna Miss You Darling

Hari ini my hubby pergi outstation lagi kat Sarawak... Ya Allah boringnya tanpa nya disisi, tambahan pula dalam bulan puasa macam ni. Tak best lah I terpaksa buka puasa seorang-seorang.
Apapun I tahu semua ini adalah tuntutan kerja yang terpaksa dilaksanakan... Semoga semuanya dalam keadaan baik AMIN........

Friday, September 4, 2009

Busy Gile...

Tensionnya sakit sangat kepala ni, macam nak pecah je..... Sekarang ni kat pejabat I memang busy sangat-sangat tak tau nak kata macam mana. Masing-masing busy dengan part masing-masing. Bukan apa after raya pada 29 September 2009 our training officer passing out so we all kena siapkan semua kerja sebelum bermulanya cuti yang diluluskan pada 18hb ni... Itu yang semuanya jadi kelam kabut sebab masa dah terlalu singkat, sedangkan persiapan yang hendak dilakukan masih banyak lagi. Begitu lah rutin kami tiap kali nak adakan majlis tamat latihan arggggg tensionnya...

Apapun I mesti siapkan semua kerja I sebelum balik bercuti untuk raya, kalau tak matiiiiiiii......


Thursday, September 3, 2009

HaPpY SiX MoNtH's SaYaNg

Hari ini genaplah 6 bulan usia my beloved daugther Qisha Aliesya... I sangat berharap agar Allah sentiasa melindunginya. Mummy & daddy sayang sangat kat baby & berharap agar baby akan menjadi insan yang sangat berguna suatu hari nanti.

Kehadiranmu membawa jutaan kebahagian dalam kehidupan mummy & daddy kerana kau lah segalanya...

Doktor nasihatkan baby Qis dah boleh mula makan tetapi mesti dimulakan dengan makanan pepejal. So I decided untuk bagi Farley's Rusks perisa original.

Tuesday, September 1, 2009

Anak-anak mummy sayang

All Qisha Aliesya cousin means that my nephew Farham, Danish, Rizmi & Owais are my son. I sangat sayangkan mereka semua, I sayangkan mereka seperti I sayangkan Aliesya... I sangat berharap agar Allah s.w.t sentiasa melindungi mereka semua & memberi rahmat agar mereka menjadi insan yang sempurna & menjadi kebanggaan suatu hari nanti.

AMIN...

My Daugther Qisha Aliesya

My son Farham, Danhish & Owais


My son Rizmi

LOVE ALL OF YOU

Syoknya cuti...

Bestnya dapat cuti berderet 3 hari dapatlah merehatkan diri yang sediakala penat ini. 3 hari bersama insan-insan tersayang sambil melayan telatah puteri tersayang. Baby pun dah semakin membesar sekarang ni, rasa macam baru semalam je melahirkannya tuptup dah besar hehehe...

Cuti ni I banyak habiskan masa duduk kat rumah je, maklumlah bulan puasa malas nak berjalan lagipun rumah tu lah tempat segala-galanya. Persiapan raya pun I tak buat lagi cuma adalah tempah beberapa macam kuih raya untuk bawa balik Tawau & untuk my MIL. Tahun ni kami beraya kat Tawau sebab ikut giliran tahun ni memang giliran beraya kata Tawau, so sebelum balik pada 18 September ni I've to make sure segala persiapan untuk my MIL telah selesai. Tapi entah lah hubby busy je sampai tak sempat lagi nak pergi shopping baju raya for my MIL, cuti 3 hari ni pun penat sangat jadi we all ambil keputusan untuk rehat je kat rumah tanam bunga untuk cantikkan halaman rumah.

Sekarang ni I tengah gila nak cantikkan laman rumah I, buat landskap sendiri kreatif konon... Tak pe nanti bila mini garden I dah siap I will publish ya??? Sekarang ni tak boleh lah sebab belum berapa nak jadi bah...