Thursday, July 30, 2009

Kau Sentiasa Dlm Doaku...

30.07.1977 - 30.07.2009 adalah kenangan yang membawa jutaan erti...

Hari ini 30 Julai 2009 (Khamis) adalah hari ulang tahun my beloved late sister AL-FATIHAH.... Tapi mulai saat dan detik ini tarikh ini hanya akan menjadi kenang-kenangan selamanya... Hari ini membuatkan aku mengingati segala kenangan ku bersamanya. Setiap tahun pada tarikh ini tepat jam 12.00mlm aku pasti menghubunginya untuk mengucapkan selamat ulang tahun wahai kakakku yang tercinta itu lah rutin ku dan keluargaku setiap tahun tak kira kami dimana sekalipun, biar jauh di mata tapi keakraban kami sentiasa bersama kami...

Sejak seawal pagi hati dan perasaan ku bekecamuk seperti ada sesuatu yang tidak sempurna dalam hari ku. Aku merasa sayu dan pilu kerana aku amat merindui nya, aku rindukan saat kemesraan kami bersama. Saat aku mengupdate blog ini air mata ku bercucuran tanpa henti kerana aku amat merinduinya, aku tahu walau sedalam mana perasaan rindu ini pada nya namun ketentuan Allah S.W.T harus diterima. Aku cuba sedaya upaya melenyapkan semunya dan menjalani hari-hari ku seperti biasa tapi aku tewas dengan perasaan ku sendiri, aku tak dapat menipu diri ku yang aku amat dan teramat merinduinya....

Ya Allah hanya engkau yang tahu akan apa yang engkau berikan, aku mohon dan berdoa pada mu ya Allah agar berikan segala kesempurnaan, kebahagian dan tempatkan roh arwah dikalangan umat islam yang beriman. Jauhkan lah roh arwah daripada segala kesengsaraan sehingga bertemunya hari kiamat... AMIN


KAU YANG SATU TIADA PENGGANTINYA



Friday, July 24, 2009

PAN PACIFIC KLIA

Hubby take us to stay at PAN PACIFIC at KLIA (5 Star Hotel)...
Hari ini I penat sangat-sangat coz our departmen ada badminton tournament and my institution jadi pengelolah so I and all my colouge have to be there from 6.30 in the morning till end of the games. So u all pasti fahamkan bertapa penatnya saat itu. Dalam melayan kepenatan itu hubby call than tell me that malam ni hubby nak ajak to stay at Pan Pacific at KLIA, Sepang dekat je lah from my house. Wahhh I pun apa lagi tak nak lah lepaskan peluang ini at least dapat juga merelaks-rellaks kan badan yang dah sediakala penat ni sambil menikmati keindahan di bilik hotel tu hehehe.
I sampai kat rumah dalm kul 7.00malam, tak sempat nak mandi hubby & baby dah tunggu, I pun apa lagi tukar je lah baju than straight tu Pan Pac Holet coz all my things hubby dah tolong packing kan hehehe (thanks sayang)...
Sampai je kat hotel terus je lah ke bilik (415), bestnya lobbynya je pun dah besar gile dah lah tu ramai sangat mat saleh takut juga mana lah tau mereka membawa virus H1N1 tak pasal-pasal.... Tapi alhamdulilah everything fine... Early in the morning I have to go coz I still have a work to do at badminton tournament so bye-bye daddy & baby selamat menyambung tidur...

Wednesday, July 22, 2009

Kenangan Yang Tidak Dapat Ku Lupakan Selamanya...

Kemesraan dan keakraban kami tidak dapat dinafikan, kasih sayang yang tidak dapat diluahkan antara kami yang membuatkan kami lebih rapat. Dia lah the only sister yang saya ada dan yang amat saya sayangi tetapi Allah s.w.t labih menyayanginya... Sehingga saat ini kenangan kami bersama masih terbayang-bayang dalam fikiran, aku cuba menyibukkan diri agar dapat aku melenyapkan perasan rindu tersebut kepada nya tapi apakan daya aku tidak dapat melawan perasaan itu sebab terlalu banyak kenangan yang kami kongsi bersama pahit dan manis. Dari zaman kanak-kanak hinggalah ke remaja kemudian ke zaman dewasa sehingga ke alam perkahwinan kemudian begelar seorang ibu... Terlalu panjang perjalanan yang kami lalui bersama tapi semua itu hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat ku. Kini hanyalah aku bersama adik lelaki ku berdiri untuk mempertahankan kebahagian keluarga kami disamping ibu bapa yang tercinta.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh nya (late sister) demi membahagiakan keluarganya, mak bapa serta kami adik beradik.

Bersama anak ke-2 allahyarhamah kekandaku yang tersayang

Tuesday, July 21, 2009

DIA PERGI SELAMANYA...

Pemergiannya tiada pengganti semoga ALLAH s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh arwah..

Al-Fatihah.........

Pada 17 Julai 2009 tepat jam 1.20am my beloved sister menghembuskan nafas terakhir di bilik ICU, SMC Kota Kinabalu... Pemergian yang tidak akan kembali lagi, namun kami redha daripada arwah menanggung derita di atas apa yang dialaminya. Kesedihan yang teramat telah menyelubungi kami sekeluarga tapi apakan daya Allah lebih menyayanginya...Walaupun arwah meninggalkan orang-orang yang dicintainya termasuk anak-anak yang amat mermerlukannya (Farham - 7 tahun, Danish - 4 tahun & Owais - 9 bulan)namun itu lah takdir dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Pemergiannya yang meninggalkan jutaan kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana dia adalah insan yang sangat pemurah, baik hati, penyayang dan segala yang baik ada pada dirinya...

To my late sister semoga Allah s.w.t akan sentiasa melundungi mu dan menempatkan roh mu di kalangan golongan orang-orang yang beriman AMIN... Saya berjanji akan memberi perhatian kepada anak-anak mu dan menjaga mereka seperti anak kandung sendiri...

Walaupun kau tiada lagi namun segala kenangan mu akan sentiasa bersama kami, semoga kehidupan baru mu di alam lain akan lebih sempurna berbanding di dunia AMIN...

Salam yang teramat sayang buat my late sister

AL-Fatihah.....................

Wednesday, July 15, 2009

Plz God Bless Her....

Tepat jam 11.45am my sis dibawa ke operation room, semoga segalanya berjalan dengan lancar.. Saat ini hanya allah je yang tahu bagaimana perasaan ini, apa yang ku harapkan adalah segalanya kembali normal, menurut doktor operation tersebut akan mengambil masa selama 1 jam.. Ya allah hanya engkau yang lebih mengetahui, aku mohon pada-Mu ya Allah agar segalanya berjalan dengan lancar... AMIN
Syukur.....
Alhamdulilah around 2.50pm I terima panggilan dari my mum yg menyatakan my sis telah selamat menjalani pembedahan tersebut than now my sis di tempatkan di wad ICU untuk rawatan selanjutnya. I harap keadaan my sis akan pulih seperti sedia kala... Love you so much sis...

Tuesday, July 14, 2009

I'm Home...


Flight semalam jam 7.30mlm dr KKIA than sampai di KLIA around 9.30pm, so laju that fight MH081 Boeing 777 wahwahwah besar gile kapalnya... Flight tu transit entah dari mana lupa dah, so that flight landing at international (gate C) so we all terpaksa bejalan jauh sikit lah tetapi best juga macam rasa kat oversea je coz ramainya pelancong asing. Yang tak bestnya we all sekali terpaksa melaluli saringan ujian H1N1 mcm lah we all ni dari oversea hehehe... Tapi syukur everything fine & selamat dari ujian saringan tersebut.

Dari international terminal tu dah lah kena jalan jauh sikit kena naik arotrain lah pula nak pergi ke domestik terminal tempat bagasi, si baby Qis best lah dalam kapal tidur je sampai lah ke rumah.

Sampai rumah around 11.00pm naik limo airport je, memang penat gile tapi tak apalah yang penting semuanya selamt & masa nak balik tu pun kami sempat legi ziarah my sis ket SMC, Luyang tgk keadaan nya alhamdulillah become better. Semoga Allah melindungimu kak Yen (love you so much).

At the KKIA


Inside the arotrain at KLIA

Friday, July 10, 2009

Baby Qisha...

Hari ni mummy bangun awal sebab baby Qis tak sedap badan lagi bah, baby Qis muntah lagi tak tau lah kenapa, dah lah tak nak mneyusu risau mummy. Semalam dah bawa p jumpa Doktor kat klinik sihat kat menggatal tapi doktor kata baby tak apa2 cuma mabuk je mungkin berubah angin coz this is her first time bejalan jauh. Than semalam doktor bagi ubat sakit perut & tahan muntah je sebab doktor cakap baby tak demam tapi tengah malam I rasa badan baby panas bah nasib baik ada nenek so boleh tolong makankan ubat demam (ubat owais bah), I tak berani nak makankan ubat hehehe mcm biasalah kalau pi injection pun hubby yang bawa mummy bediri belakang daddy je.. Alhamdulillah lepas je makan ubat baby tenang je duk dengan atuknya manja ba anak mummy ni... Sekarang ni baby tengah dikelilingi big-big brothernya sebagai teman...

Tengah melayan perasaannya

Bersama-sama daddy+abg2nya farham & danish

To Baby Qisha,

Sayang makan ubat & minum susu ya jadi kuat & sihat, mummy+daddy sayang sangat kat baby

Thursday, July 9, 2009

Poor of baby Qis..

Hari ni baby Qis tak sihat tapi mummy yang pucat bah sebab tengok baby Qis muntah-muntah cian sangat tengok dia.

Wednesday, July 8, 2009

Going Back To Sabah...


Sekarang ni we (mummy+daddy+baby) tengah tunggu flight to KK, emergancy leave for 3 days. I"m make a quick update my blog at KLIA, yalah kan ada free WIFI so gunakan lah peluang tu sebaik yang mungkin hehehe... Actually we all balik ni bukan for holiday atau kerja tapi urusan keluarga. Ok I have to go right now, insyaallah I'll continue after everything become better...
Flight we all sepatutnya jam 10.20am tetapi delay lah pula pi jam 10.40am tak pe lah 20minit saja.. Tapi bila dah bording than masuk kat dalam kapal tak juga jalan-jalan tensionnya I that time mana baby Qis pula da nak meragam sebab nak menyusu. I ni tak boleh bila baby meragam I dgn sendirinya akan jadi nevours hehehe tak tau lah kenapa bah.... Tapi alhamdulillah daddynya ada sebagai penyelamat keadaan thanks sayang.
Akhirnya jalan juga kapal tu tapi lewat juga lah dalam 11.05am, sepanjang flight tu everything become better baby Qis pun tidur dengan nenyaknya. Flight sampai dalam jam 1.35tghr, my dad & my mum yg jemput we all at de airport KK. After that we straight to the SMC at Luyang. we stay there till night....

Monday, July 6, 2009

2 days 1 night at Cameron Highland

LoVe My FaMiLy So MuCh......


Hubby+mummy+baby pergi bercuti di Cameron Highland.. That is my first time to go there, memang best sangat-sangat lah sebab da lama teringin nak pergi tempat tu. Apapun thanks a lot sayang sebab sayang telah memenuhi impian mummy..

On the way ke Cameron Highland tau-tau je lah jalan nak naik ke atas tu ya Allah punyalah berbelit-belit jalannya sampai mabuk I dibuatnya tapi semangat yang berkobar-kobar tu membuatkan I jadi kuat. Baby alhamdulilah memang tahan lasak boleh tidur je tak mabuk langsung (anak daddy lah katakan).

We stay at there just 2 days 1 night itu pun sebab my hubby ada janiji dengan his friends untuk playing golf, so mummy & babby ni menumpang je lah hehehe.... Kami bertolak dari rumah sekitar jam 9.00pagi than sampai di Cameron Highland sekitar jam 1 lebih petang stright to the hotel sebab jam 5 petang hubby dah nak pergi play golf nya... So apa lagi hubby pergi je I & babby pun mulakan lah projek iaitu tidur sampai kul 7 ptg my hubby balik. Lepas maghrib baru hubby ajak kami pergi jalan-jalan untuk menikmati permandangan malam di situ tapi we all pergi kejap je sebab cuaca sejuk yang amat bah lagi pun hujan gerimis mengundang so tak baik untuk kesihatan. Kami pun mengambil keputusan untuk stay kat bilik hotel sahaja than sambung jalan-jalan keesokan harinya......

Sambil menikmati keindahan ciptaan yg Maha Esa





Friday, July 3, 2009

Hai my big brothers..

To mY BiG-bIg bRoThErs...

Hello all my cousin (cucu atuk & nenek), now Qisha da besar (6 kg dah) tak sabar nak balik Tawau nak jumpa u all hehehe nak tengok sapa buli sapa??? I'm the only girl so sudah pasti baby Qis akan menang faham-faham saja lah.... To bro Farham, bro Danish, bro Rizmi and bro Owais waiting for me...


-Baby Qis-

HaPpY fOuR MoNtH bAbY Qis....

Hari ni genap lah usia Qisha 4 bulan, cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 4 bulan berlalu... Anyway happy 4 month sayang, semoga sihat selalu, cepat besar dan jadi anak yang bijak... Mummy & daddy love you so much muuaaahhhh.. Esok daddy da plan satu percutian untuk kita for celebrate baby punya kelahiran yang ke-4 bulan. So tungguuuuu..... Sayang Baby Qisha


-Mummy & Daddy-

Wednesday, July 1, 2009

Busy Hubby.......


Hubby seorang yang sangat busy with his work, sometime I cian sangat tengok hubby terpaksa pergi outstation kerap sangat tapi seronok juga sebab hubby always outstation ke luar negara. So dapat juga lah lihat-lihat negara orangkan???? I pun sedih juga sebab terpaksa ditinggal-tinggalkan tapi apa boleh buat tuntutan kerja mendesak keadaan. Kami redha dengan keadaan ni sebab kerja itu satu ibadah, insyaallah kalau kita lakukan dengan keiklasan dan tanggungjawab nescaya kita akan mendapat hasilnya....

Actually da banyak tempat da hubby pergi tapi bila nak bawa mummy sayang???? Tapi kalau pi bukan urusan kerja ya tapi pi holiday..... Bolehkan sayang?????

Time hubby at Canada & London


Hubby at Bengkok


Hubby with his colleagues


Cantikkan view ni??? Gambar ni hubby ambil dari bilik hotel (WEST IN HOTEL AT OTTAWA), Ni gambar permandangan bandar Ottawa, Canada emmmm bestnya bila lah dapat pi sana ya???

Nice view at Ottawa Town, Canada