Thursday, July 30, 2009

Kau Sentiasa Dlm Doaku...

30.07.1977 - 30.07.2009 adalah kenangan yang membawa jutaan erti...

Hari ini 30 Julai 2009 (Khamis) adalah hari ulang tahun my beloved late sister AL-FATIHAH.... Tapi mulai saat dan detik ini tarikh ini hanya akan menjadi kenang-kenangan selamanya... Hari ini membuatkan aku mengingati segala kenangan ku bersamanya. Setiap tahun pada tarikh ini tepat jam 12.00mlm aku pasti menghubunginya untuk mengucapkan selamat ulang tahun wahai kakakku yang tercinta itu lah rutin ku dan keluargaku setiap tahun tak kira kami dimana sekalipun, biar jauh di mata tapi keakraban kami sentiasa bersama kami...

Sejak seawal pagi hati dan perasaan ku bekecamuk seperti ada sesuatu yang tidak sempurna dalam hari ku. Aku merasa sayu dan pilu kerana aku amat merindui nya, aku rindukan saat kemesraan kami bersama. Saat aku mengupdate blog ini air mata ku bercucuran tanpa henti kerana aku amat merinduinya, aku tahu walau sedalam mana perasaan rindu ini pada nya namun ketentuan Allah S.W.T harus diterima. Aku cuba sedaya upaya melenyapkan semunya dan menjalani hari-hari ku seperti biasa tapi aku tewas dengan perasaan ku sendiri, aku tak dapat menipu diri ku yang aku amat dan teramat merinduinya....

Ya Allah hanya engkau yang tahu akan apa yang engkau berikan, aku mohon dan berdoa pada mu ya Allah agar berikan segala kesempurnaan, kebahagian dan tempatkan roh arwah dikalangan umat islam yang beriman. Jauhkan lah roh arwah daripada segala kesengsaraan sehingga bertemunya hari kiamat... AMIN


KAU YANG SATU TIADA PENGGANTINYA



1 comment:

  1. Sayan sama-sam kita doakan agar roh arwah ditempakkan di golongan umat islam yang beriman AMIN...

    ReplyDelete