Tuesday, July 21, 2009

DIA PERGI SELAMANYA...

Pemergiannya tiada pengganti semoga ALLAH s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh arwah..

Al-Fatihah.........

Pada 17 Julai 2009 tepat jam 1.20am my beloved sister menghembuskan nafas terakhir di bilik ICU, SMC Kota Kinabalu... Pemergian yang tidak akan kembali lagi, namun kami redha daripada arwah menanggung derita di atas apa yang dialaminya. Kesedihan yang teramat telah menyelubungi kami sekeluarga tapi apakan daya Allah lebih menyayanginya...Walaupun arwah meninggalkan orang-orang yang dicintainya termasuk anak-anak yang amat mermerlukannya (Farham - 7 tahun, Danish - 4 tahun & Owais - 9 bulan)namun itu lah takdir dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Pemergiannya yang meninggalkan jutaan kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana dia adalah insan yang sangat pemurah, baik hati, penyayang dan segala yang baik ada pada dirinya...

To my late sister semoga Allah s.w.t akan sentiasa melundungi mu dan menempatkan roh mu di kalangan golongan orang-orang yang beriman AMIN... Saya berjanji akan memberi perhatian kepada anak-anak mu dan menjaga mereka seperti anak kandung sendiri...

Walaupun kau tiada lagi namun segala kenangan mu akan sentiasa bersama kami, semoga kehidupan baru mu di alam lain akan lebih sempurna berbanding di dunia AMIN...

Salam yang teramat sayang buat my late sister

AL-Fatihah.....................

1 comment:

  1. hi aemy....poh choo here.....apa khabar? when i click ina's blog....i saw your blog....sorry to hear about kak yen's sad news. my condolonces to you and your beloved family. miss u and keep in touch.....take good care

    ReplyDelete