Wednesday, August 26, 2009

Hari Ke-40 Pemergian My Beloved Late Sister

Semalam 25.08.2009 (Selasa) genaplah 40 hari pemergian my beloved late sis sekaligus merupakan ulang tahun anak bungsunya yg ke 1 tahun... Rasa begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari 40 hari telah berlalu tetapi seperti baru semalam aku kehilangannya.

Walaupun telah 40 hari namun segala kenangan, gelak tawanya, gurau senda & semyum mesranya masih terbayang-bayang difikiranku. Aku cuba untuk menguatkan diriku untuk menerima pemergiannya namun kadang-kadang aku rasakan seperti suatu mimpi yang berpanjangan. Sesekali aku ingin bangun dari tidurku tetapi ternyata sebenarnya semua itu sememangnya realiti.

Tiada kata lain yang dapat aku ungkapkan melainkan mengharapkan yang terbaik untuk kehidupannya di alam baru...

Al-Fatihah

Tuesday, August 25, 2009

Happy Birthday Owais Sayang...

Selamat ulang tahun yang ke 1 tahun sayang...

^
^
^
^
^
^
^
Wazin Owais seorang budak yang baru berusia 1 tahun yang belum mengerti tentang erti kehidupan dan terlalu panjang perjalanan yang harus dilaluinya tetapi terpaksa berpisah selamanya dengan ibu tercinta.

Owais merupakan anak ke-3 (bungsu) my beloved late sister, pemergian ibu tercinta disaat dia berusia 11 bulan & kini dia membesar tanpa ibu tercinta. Bayangkan disaat dia memerlukan belaian, kasih sayang & perhatian seorang ibu tapi disaat itu juga ibunya (my late sis) berperang dengan derita penyakit yang dialaminya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Namun begitu, arwah tidak pernah melupakankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu sepertimana ibu-ibu yang lain sehingga dihujung nyawanya.

Insyaallah dengan kekuatan, ketabahan & rezeki yang Allah berikan kami berjanji tidak akan mempersia-siakan anugerah ini demimu allahyarhama kakandaku tercinta..

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Monday, August 24, 2009

Kenangan Di Bulan Yang Mulia

Hari ini merupakan hari ketiga umat islam menjalani ibadah puasa, begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari dah masuk bulan ramadhan dan sekaligus telah 39 hari pemergian arwah kakak ku yang amat ku sayangi.

Insyaallah tiap hari yang ku lalui tidak akan aku sia-siakan disamping insan-insan yang amat aku sayangi & cintai. Kekuatan & ketabahan yang Allah berikan mebuatkan aku semakin kuat untuk mengharungi segalanya walaupun terlalu banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Bukan niatku untuk mengenang kisah-kisah lalu tetapi kenangan yang arwah tinggalkan membuatkan aku tidak dapat untuk melupakannya tambahan pula di bulan ramadhan begini.

Selalunya musim cuti sekolah begini tambahan pula bulan ramadhan arwah pasti akan datang ke KL untuk shopping barang-barang anaknya untuk persiapan hari raya tapi kini semuanya tinggal kenangan. Tetapi sebelum arwah pergi meninggalkan segala yang dikasihinya arwah sempat juga membuat beberapa persiapan untuk suami & anak-anaknya seperti persiapan baju raya untuk dipakai di hari raya pertama. Sedih bila mengenangkannya tepi itu lah rutinnya setiap tahun arwah pasti akan melakukannya seawal yang mungkin kerana arwah tidak mahu ada yang tertinggal bila menjelang raya.

Ikutkan perasaan sedih yang teramat kerana hati ini terlalu merinduinya tapi apakan daya aku hanya insan yang lemah yang mengabdikan diri pada Mu Ya Allah…Puas aku cuba untuk menghindari segala kenangan kami bersama tapi semakin dekat ia pada ku, tidak pernah terniat untuk aku melupakan segalanya tapi aku ingin menjalani segalanya seperti biasa namun ternyata aku tak mampu & tak berdaya. Setiap saat & detik ingatanku tak pernah lupus daripada mengingatinya. Ya Allah aku amat merindunya Al-Fatihah…Tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata tetapi air mata yang sentiasa mengalir mengambarkan bertapa rindunya aku kepada nya. Walaupun arwah telah pergi selamanya tetapi bayangan & kenangannya tetap hidup dihati ini.

Tiap hari aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat arwah agar ketenangan sentiasa mengiringi roh arwah. Apa yang aku harapkan adalah ketenangan & keselesaannya berada di alam sana. Semoga Allah melindungi roh arwah & menempatkannya di kalangan umat islam yang beriman & Engkau redhai AMIN…

Kenangan bersamamu akan kekal abadi bersama kami, ia tidak mungkin akan luput walau sesaat pun keran engkau adalah insan yang amat teristimewa yang tidak mungkin ada penggantinya..


Al-Fatihah…

Friday, August 21, 2009

Driving Range at Nilai Spring

Sekarang ni I dah mula berjinak-jinak dengan sukan golf hahaha, tak ada lah sebenarnya I saja je ikut hubby pi driving range boring bah. Maklum saja lah sebenarnya I ni bukannya golongan pencinta sukan tapi hubby dah ajak saja-saja belatih untuk kesihatan badan je. So I fikir pun betul jugakan bukan penat pun setakat nak pukul bola golf.

Mula-mula main malu juga sebab memang I tak pernah cuba tapi hubby lah yang banyak bagi tunjuk ajar, bila dah dapat pukul bola 2 or 3 times apa lagi ketagih lah pula bola yang banyak tu (100 balls) macam tak cukup bah. Sampai tak ingat dunia dah lah masa tu, itu pun nasib baik tangan dah sakit kalau tak mesti tak nak behenti lagi hehehe... Buat masa ni I just practice kat driving range je lah tak pernah lagi main kat padang golf, tapi insyaallah bila dah mantap nanti boleh lah ikut hubby main sekali itu pun kalau hubby nak bawa lah.

Bagi sesiapa yang nak mencuba that game, I syorkan ok juga sebab tak adalah memenatkan macam games yang lain-lain tu, enjoy lagi adalah... So jangan lah lepaskan peluang ini bersukan demi menjaga kesihatan disamping kencantikan diri.

Hubby Okey lah dah pro...


Walaupun baru berjinak-jinak yang penting tetap vouge

Sayang Mummy & Daddy..

Buah hati pengarang jantung yang selalu membuatkan hati ini terhibur dan kerinduan bila berjauhan. Kehadirannya membawa jutaan erti dalam hidup ini kerana segalanya berubah. Walaupun seharian penat berkerja namun sampai je di rumah my cute little girl dah siap menunggu depan pintu untuk menyambut kepulangan us. Sejuk & tenang rasanya jiwa ni bila melihat raut wajah & gelak tawanya. Dia lah segalanya bagi I...

Love you baby



Thursday, August 20, 2009

I'm Home...

Hari ni I dah start kerje semula setelah berkursus untuk 3 hari di PKKM, Melaka. Ya Allah leganya bila dapat pulang semula ke rumah sendiri disamping family tercinta. Walaupun hanya 3 hari tetapi siksa rasanya bila berjauhan dari insan yang kita cintai. Apapun alhamdulilah segalanya telah selesai dengan sempurna.

Walaupun sibuk berkursus tapi sempat lagi bah bejalan-jalan di bandar Melaka, faham-faham lah tempat jatuh lagi di kenang hehehe... Saje je jalan-jalan pi cuci-cuci mata tapi sempat lah beli baju untuk my puteri Qisha kat Dataran Pahlawan ada offer PADINI so I pun menyempat lah..

Baju baby (size 12 months)

Walau bagaimanapun banyaknya kerja-kerja yang menunggu kat pejabat ni, kalau lah dapat I tunjukkan gambar my office Ya Allah tak tahu nak kata tak rupa pejabat lah hehehe.... Apapun dah tanggungjawab I sebagai seorang kakitangan kerajaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan....

Tuesday, August 18, 2009

VAKSINASI BABY QIS

Hari ini dady bawa baby Qis untuk suntikan 5 bulan. Baby Qis kena suntikan 5 antigen. Dady kena bawa Qis kerana mumy masih lagi kursus. Esok mumy baliklah. rindu sangat kami kat mumy. Sebelum suntik Qis kena timbang dulu, beratnya 6.85 kg. Masa suntikan Qis macam biasalah nangis kejap kerana terkejut, kesian dia, mumy pulak jauh. Lepas suntik mumy telefon dady tanya tentang Qis. Semuanya ok ba...... Mumy jangan risau. Baby Qis kuat la mumy.


-Post by Daddy-

Monday, August 17, 2009

Kursus Lagi?

Hari ini, 17 Ogos bermulalah kursus 3 hari di PKKM. Memang berat nak hadir kursus ini, kerana I terpaksa berjauhan dengan hubby dan baby qis dua insan yang amat I sayang. Rasa lemah dan sayu nak tinggalkan baby qis semalam dan lagi sayu bila my hubby bertolak balik dari PKKM selepas hantar I. Kesian hubby I kerana balik seorang dalam keadaan hujan pulak tu. Dah tu lagi kesian viper kereta rosak pulak tu. Anyway, TQ hubby kerana hantar mumy. Mumy love u so much. sampaikan kucupan hangat mumy pada baby qis.

GENAP SEBULAN PEMERGIANNYA

Tanggal 17 Ogos, bermakna hari ini genaplah 1 bulan my sist. meninggalkan kami. Al-Fatihah dan kiriman doa agar dia sentiasa aman di sana dan sentiasa dirahmati ALLAH. Biarpun begitu kenangan bersamamu tetap segar dalam ingatan dan tak mungkin ada pengganti bagi insan semuliamu.

Friday, August 14, 2009

Which One You Are???

Ciri-Ciri Isteri...

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:


"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Kecantikan Semula Jadi


KECANTIKAN LUARAN..


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik tingkahlaku dan akal budinya.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

Thursday, August 13, 2009

Apa Itu Cinta???

C.I.N.T.A ada dlm diri setiap umat manusia....

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

Just To Share...

HEALTHY BREASTS

Firstly, and most importantly, you need to understand that every change and every lump found in your breasts does not mean you have Breast Cancer, especially as your breasts are growing and changing, they'll have lumps and bumps anyway.

IMPORTANT FACTS YOU SHOULD KNOW

* On average, the final stage of puberty is around 15 years of age and at this time, you are physically an adult.

* In your late teens and early twenties you have more lumps, bumps and pain in your breasts that seem to come about just because your body is growing.

* Lumps can form in your breasts due to hormonal changes during your period cycle and they usually go away at the end of that time of the month.

* In your late teens and early twenties you sometimes can have round rubbery types of tumors called Fibroadenomas and these are not cancerous.


Kanser pembunuh utama...

Wednesday, August 12, 2009

Happy Birthday Dad

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-54 Tahun Dad


Khas Buat Ayah Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Saturday, August 8, 2009

My Birthday

Happy Birthday to me... Happy Birthday to me... Happy Birthday, Happy Birthday, Happy Birthday to me...

Hari ini genaplah umur I 30tahun, Ya Allah dah tua rupanya I ni tapi kekadang perangai ni masih macam budak-budak lagi... Bergitu cepat masa berlalu, sekarang umur I dah mencecah 30-an dan berlalu dah zaman 20-an. Apa yang I harapkan semoga segalanya akan menjadi lebih sempurna AMIN...

Friday, August 7, 2009

Happy New Born

Happy new born to my cousin and my nephew...

Also congrate to my aunty len and my cousin ani sebab di atas kelahiran u all punya baby boy..

My aunty Len selamat melahirkan her baby boy tepat jam 9.20 pagi alamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik... Nama dia Waliuddin Wafi yang membawa maksud Pembela Agama Yang Sempurna... Semoga semuanya selamat dan diberkati, to my aunty selamat menjalani kehidupan sebagai seorang ibu....

Tahniah once again

Thursday, August 6, 2009

Four More Paper

Hari ini merupakan hari ke-4 my exam, sakitnya kepala macam nak pecah je tau je lah study last-last minit.... I have 4 more papers lagi yang nak dihabiskan untuk final exam ni. Ya Allah tak sabarnya nak habis beban sangat dah otak ni.... Apapun I hope that I'll past with flying colour.
Everyday I've to wake up early in the morning coz I kena bertolak awal dari rumah. Bukannya tempat tu jauh, dekat je kat KL tapi yang tensionnya I terpaksa melalui trafik jem bah. My exam start jam 9.00am but I kena keluar dari rumah seawal jam 6.00am than I akan sampai di UUM KL cun-cun jam 8.30am only have 30 minit untuk I bernafas sebelum masuk ke dewan exam. Begitulah rutin harian I sejak bermulanya my exam on 03 Ogos 2009 (Monday). Lagi satu yg buat I tension lagi I have to drive for my own selalunya hubby akan hantar tetapi kali ni takut hubby terlambat bah mau pergi kerja. Ya lah I drive sendiri pun sampai jam 8.30am ni kan hubby nak hantar jawapnya sebelum subuh dah kena betolak dari rumah lah hehehe.... Tapi yang bestnya my hubby pun turut awal pergi kerja kerana nak temankan I sewaktu perjalanan ke KL.

Monday, August 3, 2009

HaPpY FiVe MoNtH's SaYaNg

Hari ini sayang mummy & daddy genap 5 bulan, tak rasa sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah 5 bulan baby Qisha... Mummy & Daddy doakan agar baby cepat besar & sihat walafiat boleh jadi anak yang pintar...

Love you so much baby

Saturday, August 1, 2009

Lembaran Baru...

CORETAN HATIKU…

Hari ini 01 Ogos 2009 (Sabtu) bermulalah lembaran baru dalam bulan yang baru, begitu banyak kenangan yang terpaksa kami lepaskan demi menjalani hari-hari seterusnya. Ya Allah kami redha dengan segala pemberian yang telah engkau berikan sekiranya itu yang telah tertulis sejak azali lagi namun kami memohon keredhaan Mu Ya Allah agar berikan lah kami kekuatan & ketabahan dalam mengharungi segala dugaan Mu...

Ya Allah aku memohon & merayu pada Mu Ya Allah agar berikan lah kami sekeluarga petunjuk & bimbing lah kami untuk terus berada disisi Mu demi menjalani kehidupan di dunia Mu ini. Jauhkan lah kami dari segala kecuaian & kelalaian dalam mengharuni kemewahan & keindahan dunia namun berilah kami ruang untuk sentiasa ingat akan keindahan di hari akhirat…

Sesungguhnya kami redha Ya Allah atas segalah ketentuan Mu sebab kami yakin pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang engkau berikan. Pemergiannya membuatkan aku lebih matang dalam menguruskan kehidupanku disamping orang-orang yang amat aku cintai & sayangi. Dia telah banyak membimbing aku dalam mengejak keselesaan dunia & akhirat. Namun apa keadaan sekalipun kekuatan & ketabahan yang selalu aku mohon pada Mu Ya Allah agar dapat aku terus berdiri di dunia ini dengan keredhaan Mu bagi membahagiakan seluruh kaum keluarga ku yang amat aku kasihi…

Aku tahu kehidupan ini hanya sementara & setiap yang lahir ke dunia ini telah membuat perjanjian pada Mu Ya Allah tapi aku bersyukur kerana engkau masih memberikan aku peluang untuk mencari kebahagian dunia sementara & akhirat…

Ya Allah yang maha kuasa, sekali lagi aku memomohon keredhaan Mu agar lindungi lah kaum keluarga ku & jauh kan lah kami sekeluarga dari kesesatan yang engkau benci. Selain itu, engkau lindungi lah roh arwah kakak ku Yenilia & arwah adik ku Norazwani semoga mereka tenang dengan keselesaan yang telah Engkau tetapkan bagi mereka AL-FATIHAH…

Kehidupan yang sementara hendaklah digunakan sebaik yang mungkin kerana ia akan menjanjikan yang tebaik di akhirat nanti. Semoga seluruh kaum keluarga ku akan diberkati dan dilindungi oleh Mu Ya Allah…. AMIN