Monday, August 24, 2009

Kenangan Di Bulan Yang Mulia

Hari ini merupakan hari ketiga umat islam menjalani ibadah puasa, begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari dah masuk bulan ramadhan dan sekaligus telah 39 hari pemergian arwah kakak ku yang amat ku sayangi.

Insyaallah tiap hari yang ku lalui tidak akan aku sia-siakan disamping insan-insan yang amat aku sayangi & cintai. Kekuatan & ketabahan yang Allah berikan mebuatkan aku semakin kuat untuk mengharungi segalanya walaupun terlalu banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Bukan niatku untuk mengenang kisah-kisah lalu tetapi kenangan yang arwah tinggalkan membuatkan aku tidak dapat untuk melupakannya tambahan pula di bulan ramadhan begini.

Selalunya musim cuti sekolah begini tambahan pula bulan ramadhan arwah pasti akan datang ke KL untuk shopping barang-barang anaknya untuk persiapan hari raya tapi kini semuanya tinggal kenangan. Tetapi sebelum arwah pergi meninggalkan segala yang dikasihinya arwah sempat juga membuat beberapa persiapan untuk suami & anak-anaknya seperti persiapan baju raya untuk dipakai di hari raya pertama. Sedih bila mengenangkannya tepi itu lah rutinnya setiap tahun arwah pasti akan melakukannya seawal yang mungkin kerana arwah tidak mahu ada yang tertinggal bila menjelang raya.

Ikutkan perasaan sedih yang teramat kerana hati ini terlalu merinduinya tapi apakan daya aku hanya insan yang lemah yang mengabdikan diri pada Mu Ya Allah…Puas aku cuba untuk menghindari segala kenangan kami bersama tapi semakin dekat ia pada ku, tidak pernah terniat untuk aku melupakan segalanya tapi aku ingin menjalani segalanya seperti biasa namun ternyata aku tak mampu & tak berdaya. Setiap saat & detik ingatanku tak pernah lupus daripada mengingatinya. Ya Allah aku amat merindunya Al-Fatihah…Tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata tetapi air mata yang sentiasa mengalir mengambarkan bertapa rindunya aku kepada nya. Walaupun arwah telah pergi selamanya tetapi bayangan & kenangannya tetap hidup dihati ini.

Tiap hari aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat arwah agar ketenangan sentiasa mengiringi roh arwah. Apa yang aku harapkan adalah ketenangan & keselesaannya berada di alam sana. Semoga Allah melindungi roh arwah & menempatkannya di kalangan umat islam yang beriman & Engkau redhai AMIN…

Kenangan bersamamu akan kekal abadi bersama kami, ia tidak mungkin akan luput walau sesaat pun keran engkau adalah insan yang amat teristimewa yang tidak mungkin ada penggantinya..


Al-Fatihah…

3 comments:

  1. sumpah.. rasa sebak sgt biler baca entry nih. arwah kakak meninggal sebab apa..? moga rohnya dicucuri rahmat.. amin..~

    ReplyDelete
  2. To Jai.Jezz: Thanks a lot for ur pray, actually my sis mengidap penyakit breast cancer sejak setahun yang lalu semasa dia mengandungkan anaknya yang ke-3...

    ReplyDelete
  3. Takziah buat keluarga uncle Badrin.Al-fatihah untuk arwah,. moga arwah di tempatkan bersama mereka2 yang solehah..

    Amin,
    Mommy Annes @ Fareda

    ReplyDelete