Friday, August 21, 2009

Driving Range at Nilai Spring

Sekarang ni I dah mula berjinak-jinak dengan sukan golf hahaha, tak ada lah sebenarnya I saja je ikut hubby pi driving range boring bah. Maklum saja lah sebenarnya I ni bukannya golongan pencinta sukan tapi hubby dah ajak saja-saja belatih untuk kesihatan badan je. So I fikir pun betul jugakan bukan penat pun setakat nak pukul bola golf.

Mula-mula main malu juga sebab memang I tak pernah cuba tapi hubby lah yang banyak bagi tunjuk ajar, bila dah dapat pukul bola 2 or 3 times apa lagi ketagih lah pula bola yang banyak tu (100 balls) macam tak cukup bah. Sampai tak ingat dunia dah lah masa tu, itu pun nasib baik tangan dah sakit kalau tak mesti tak nak behenti lagi hehehe... Buat masa ni I just practice kat driving range je lah tak pernah lagi main kat padang golf, tapi insyaallah bila dah mantap nanti boleh lah ikut hubby main sekali itu pun kalau hubby nak bawa lah.

Bagi sesiapa yang nak mencuba that game, I syorkan ok juga sebab tak adalah memenatkan macam games yang lain-lain tu, enjoy lagi adalah... So jangan lah lepaskan peluang ini bersukan demi menjaga kesihatan disamping kencantikan diri.

Hubby Okey lah dah pro...


Walaupun baru berjinak-jinak yang penting tetap vouge

No comments:

Post a Comment