Wednesday, December 30, 2009

Palm Garden Hotel, IOI Resort at Putrajaya

Celebrating our 2nd anniversary there...

Like that flower so much... TQ dear hubby

Dinner with beloved hubby


So sweet.....


Tuesday, December 29, 2009

Juz received a bouquet of flowers..

Sesuatu yang mengejukkan I when hubby sent a flower for me... Malu juga coz at the office kan tp bangga pun ada juga sebab that so romantic...


Thanks a lot dear hubby & love u so much...

My 2nd anniversary...

29 Disember 2009 (Selasa), hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan ku yang ke-2 tahun. Apa yang ku harapkan adalah kebahagian, kegembiraan & rahmat dari-Mu Ya Allah sepanjang hidupku.

Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana walaupun baru sesingkat 2 tahun aku melayari bahtera alam berumah tangga namun kebahagian yang tidak terkata telah Engkau berikan pada ku. Tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan ucapan syukur pada-Mu dan terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di sekeliling ku untuk memberi sokongan dalam memperolehi kebahagian dan kegembiraan dunia.

Kepada suamiku tercinta, kegembiraan dan kebahagian yang telah engkau berikan telah membuat aku tersenyum sepanjang masa. Segalanya tidak ternilai untuk ku hitung kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah engkau lakukan buatku... Terima kasih sayang, sesungguhnya aku amat mencintaimu seumur hidupku.....

Loving Forever

Monday, December 28, 2009

Holiday Times...

We were enjoy our holiday...

At Zoo Negara, KL

At Genting Highland...



At Desa Water Park KL


Rumah 4 Musin (Bukit Cahaya, Shah Alam)

Snow Time....

Thursday, December 17, 2009

5 Bulan Telah Berlalu

Hari ini 17.12.2009 (Khamis) genap lah 5 bulan pemergian arwah kakak ku yang tercinta.... Bergitu cepat masa berlalu tetapi seperti baru semalam aku kehilangannya... kenangan bersamanya masih segar diingatanku. Sesungguhnya tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan aku amat merinduinya... Aku berharap agar ketenangan akan sentiasa mengiringi roh arwah selamanya... AL-FATIHAH

Thursday, December 3, 2009

Genap 9 Bulan...

Hari ini 03.12.2009 (Khamis) genaplah 9 bulan usia my beloved daughter Qisha Aliesya...

To my baby Qisha, mummy & daddy akan semtiasa bersamamu selamanya untuk mengecapi kebahagian & kesempurnaan hidup. Mummy & daddy juga sentiasa mengharapkan yang terbaik buatmu. Semoga Allah sentiasa melindungi & memberkati mu sayang... AMIN

Love U so much muahhhh....

-mummy & daddy-

Tuesday, December 1, 2009

Raya Aidil Adha

Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang sederhana bersama keluarga tercinta... Walaupun terlalu banyak kekurangan dan kenangan namum kegembiraan tetap terpancar di wajah anak-anak arwah kakak tercinta ku....


kegembiran di wajah mereka...

Mereka lah kebahagian ku...