Tuesday, December 29, 2009

My 2nd anniversary...

29 Disember 2009 (Selasa), hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan ku yang ke-2 tahun. Apa yang ku harapkan adalah kebahagian, kegembiraan & rahmat dari-Mu Ya Allah sepanjang hidupku.

Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana walaupun baru sesingkat 2 tahun aku melayari bahtera alam berumah tangga namun kebahagian yang tidak terkata telah Engkau berikan pada ku. Tiada kata lain yang dapat ku ungkapkan melainkan ucapan syukur pada-Mu dan terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di sekeliling ku untuk memberi sokongan dalam memperolehi kebahagian dan kegembiraan dunia.

Kepada suamiku tercinta, kegembiraan dan kebahagian yang telah engkau berikan telah membuat aku tersenyum sepanjang masa. Segalanya tidak ternilai untuk ku hitung kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah engkau lakukan buatku... Terima kasih sayang, sesungguhnya aku amat mencintaimu seumur hidupku.....

Loving Forever

1 comment:

  1. BIE TERSAYANG, HADIRMU DALAM HIDUPKU TELAH MEMBERI CAHAYA DAN KEBAHAGIAAN. SEMOGA HARI-HARI YANG BAKAL MENDATANG AKAN TERUS MEMBAWA BAHAGIA BERKEKALAN KEPADA KITA. LUV U SO MUCH SAYANG.

    ReplyDelete