Saturday, August 1, 2009

Lembaran Baru...

CORETAN HATIKU…

Hari ini 01 Ogos 2009 (Sabtu) bermulalah lembaran baru dalam bulan yang baru, begitu banyak kenangan yang terpaksa kami lepaskan demi menjalani hari-hari seterusnya. Ya Allah kami redha dengan segala pemberian yang telah engkau berikan sekiranya itu yang telah tertulis sejak azali lagi namun kami memohon keredhaan Mu Ya Allah agar berikan lah kami kekuatan & ketabahan dalam mengharungi segala dugaan Mu...

Ya Allah aku memohon & merayu pada Mu Ya Allah agar berikan lah kami sekeluarga petunjuk & bimbing lah kami untuk terus berada disisi Mu demi menjalani kehidupan di dunia Mu ini. Jauhkan lah kami dari segala kecuaian & kelalaian dalam mengharuni kemewahan & keindahan dunia namun berilah kami ruang untuk sentiasa ingat akan keindahan di hari akhirat…

Sesungguhnya kami redha Ya Allah atas segalah ketentuan Mu sebab kami yakin pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang engkau berikan. Pemergiannya membuatkan aku lebih matang dalam menguruskan kehidupanku disamping orang-orang yang amat aku cintai & sayangi. Dia telah banyak membimbing aku dalam mengejak keselesaan dunia & akhirat. Namun apa keadaan sekalipun kekuatan & ketabahan yang selalu aku mohon pada Mu Ya Allah agar dapat aku terus berdiri di dunia ini dengan keredhaan Mu bagi membahagiakan seluruh kaum keluarga ku yang amat aku kasihi…

Aku tahu kehidupan ini hanya sementara & setiap yang lahir ke dunia ini telah membuat perjanjian pada Mu Ya Allah tapi aku bersyukur kerana engkau masih memberikan aku peluang untuk mencari kebahagian dunia sementara & akhirat…

Ya Allah yang maha kuasa, sekali lagi aku memomohon keredhaan Mu agar lindungi lah kaum keluarga ku & jauh kan lah kami sekeluarga dari kesesatan yang engkau benci. Selain itu, engkau lindungi lah roh arwah kakak ku Yenilia & arwah adik ku Norazwani semoga mereka tenang dengan keselesaan yang telah Engkau tetapkan bagi mereka AL-FATIHAH…

Kehidupan yang sementara hendaklah digunakan sebaik yang mungkin kerana ia akan menjanjikan yang tebaik di akhirat nanti. Semoga seluruh kaum keluarga ku akan diberkati dan dilindungi oleh Mu Ya Allah…. AMIN

3 comments:

  1. Bie tersayang, bilamana Allah Taala menghembuskan nyawa kepada manusia Dia juga telah menentukan tarikh mengambilnya semula. Justeru itu, kita sebagai hamba-Nya mesti redha dengan perjanjian ini, biar sebesar manapun kasih sayang kita kepada orang yang kita sayangi. Hanya doa dan amal jariah kita yang akan terus menjadi penghubung dengan arwah. Dari-Nya ia datang dan kepada-Nya ia kembali. Tabah dan redhalah menghadapi ketentuan ini. Al-Fatihah.

    ReplyDelete