Saturday, September 19, 2009

My Home Town....

Sekarang ni I am with my beloved hubby & daugther at my hometown Tanjung Batu Tengah Tawau, Sabah... Suasana akhir-akhir ramadhan dan menunggu kedatangan syawal amatlah terasa sekali. Semua persiapan Hari Raya Aidilfitri telahpun lengkap tersedia. Nasiblah ada juga orang kuat yang membantu my parents di rumah si Hasnah and Ana.Haaahhaaaa....
Dengan kepulangan kami yang tinggal dua beradik ni, masih juga la terasa tanpa kehadiran kakak yang tercinta. Tahun ini, inilah Raya pertama tanpanya...Apapun, hati terubat jugalah dengan telatah anak-anak buah yang pelbagai ragam ni...
Baru sebentar tadi pengumuman tarikh raya diumumkan di tv. Raya tahun ini jatuh pada 20 Sept. 2009 hari Ahad. Hati ini tiba-tiba menjadi sayu tatkala mendengar syahdunya laungan takbir hari raya di kaca tv. Rindu kembali menggamit ingatanku pada padanya. Selalunya waktu-waktu begini kami pasti sedang sibuk di dapur untuk menyediakan juadah raya sambil bergurau senda. Tapi semuanya itu hanya tinggal kenangan. Biar pun beliau telah tiada, namun kemesraan dan ketulusan hatinya tetap kekal dalam memori keluarga. Semoga beliau sejahtera dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Illahi di sana.
Al Fatihah untukmu di sana...

No comments:

Post a Comment