Thursday, June 25, 2009

Anugerah Teristimewa

Penantian adalah suatu yang memerit & menyiksakan tetapi bagi ku penantian ini adalah sesuatu yang amat mendebarkan iaitu penantian saat bergelar "MUMMY"..... Setiap rumahtangga yang dibina mengingin & menantikan kehadiran cahaya iaitu pengerat tanda cinta setiap pasangan sekaligus penyeri kehidupan bersama. Penantian yang ku nantikan selama ini akhirnya dimakbulkan Allah, kegembiraan yang tak terhingga membuatkan aku menitiskan air mata. Aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang puteri yang ku beri nama Qisha Aliesya yang membawa maksud kemakmuran hidup yang dilindungi.

Disaat detik-detik aku menanggung kesakitan itu, suami yang amat kucintai tidak pernah lekang dari pandangan mataku. Aku bersyukur sekali lagi ya Allah atas kurnia-MU (seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab). Saat itu juga mak & bapa serta kakan & adik ku turut memberi semangat dan kekuatan pada ku. Walaupun berada berjuta batu namun kasih sayang yang mereka berikan membuatkan ku menjadi lebih tabah…..

Alhamdulillah… sekarang ini aku dah sempurna sebagai seorang wanita yang mempunyai kebahagian sendiri bersama suami, anak, bapa, emak, kakak, adik, abang ipar, adik ipar, anak-anak buah & aunty len yang tercinta… Aku berjanji pada Mu Ya ALLAH akan ku jaga semua anugerahmu yang teristimewa dan tak ternilai itu dalam kehidupanku dunia mahupun akhirat….


Hubby, Baby, My Parents, My Sibling, My BIL, My SIL, My Nephew & My Aunty Len I promise that I will love you all forever & ever till here after….

1 comment:

  1. ya, mummy, mendapat pengesahan mummy mengandung adalah khabar yang amat mengembirakan ddy. melayan mummy tika mengandung adalah tanggungjawab ddy. menemani mummy di labour room adalah saat yang amat meresahkan dan mendebarkan. hanya doa yang dapat ddy panjatkan waktu itu demi keslamatan mummy dan baby. mendengar tangisan pertama baby, hanya ucapan syukur dan tangisan kebahagian yang ddy rasakan. mendapat seorang puteri comel kucupan tahniah ke dahimu kuberikan. ddy bahagian punyai isteri dan baby qisha. luv u forever.

    ReplyDelete